Jun Hao kini di ranking ke-20 dunia
Jun Hao kini di ranking ke-20 dunia

Kuala Lumpur: Pemain perseorangan lelaki utama negara, Leong Jun Hao menembusi kelompok ranking 20 terbaik dunia buat pertama kali dalam kariernya berdasarkan kemas kini terbaharu Persekutuan Badminton Dunia (BWF), hari ini.
Jun Hao melonjak dua anak tangga ke kedudukan ke-20 dunia meskipun tewas di pusingan kedua Masters China, minggu lalu.
Jun Hao berpeluang memperbaiki kedudukannya jika mempamerkan prestasi cemerlang di Terbuka Korea yang berlangsung bermula hari ini.
Sementara itu, pemain profesional, Lee Zii Jia turut menunjukkan sedikit peningkatan apabila naik satu anak tangga ke kedudukan 41 dunia biarpun terpaksa menarik diri di pusingan pertama Masters China.
Seorang lagi pemain negara Justin Hoh kekal di ranking ke-37.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mampukah Slogan Saya Anti Buli Menoktahkan Jenayah Buli Di Sekolah?
- Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?
- Apa Lagi Yang Tengku Maimun Cuba Buktikan
Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?
Sementara itu, kekalahan di pentas final Masters China menyaksikan pasangan beregu campuran utama negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei tergelincir satu anak tangga ke ranking keempat dunia.
Dalam pada itu, beregu campuran profesional, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie kekal di kedudukan kelapan dunia, namun pasangan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin, jatuh empat anak tangga ke ranking ke-18.
Dalam kategori beregu lelaki, tiada perubahan kedudukan membabitkan dua pasangan utama negara, dengan Aaron Chia-Soh Wooi Yik kekal di ranking kedua manakala Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani di tangga ketiga dunia.
Jun Hao kini di ranking ke-20 dunia
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri
- Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas
- Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini
You must be logged in to post a comment.