Isak buka akaun gol, Liverpool atasi Southampton di Piala Liga
Isak buka akaun gol, Liverpool atasi Southampton di Piala Liga

London: Alexander Isak menjaringkan gol pertamanya buat Liverpool untuk menginspirasikan kemenangan 2-1 ke atas Southampton dalam pusingan ketiga Piala Liga, manakala Chelsea terselamat daripada kejutan sebelum menundukkan pasukan divisyen ketiga, Lincoln, awal pagi tadi.
Isak membuat penampilan ketiga bersama Liverpool selepas perpindahan rekod Britain bernilai £125 juta (RM706 juta) dari Newcastle pada hari akhir jendela perpindahan.
Penyerang berusia 26 tahun itu gagal mencetak nama selaku penjaring ketika aksi sulung selama 58 minit menentang Atletico Madrid dan sekali lagi tumpul selepas dimasukkan sebagai pemain gantian pada 23 minit terakhir derbi Merseyside menewaskan Everton, Sabtu lalu.
Namun, Isak akhirnya membuka akaun jaringannya pada minit ke-43 selepas penjaga gol Southampton, Alex McCarthy melakukan hantaran pendek yang dipintas Federico Chiesa, sebelum disudahkan penyerang Sweden itu.
Ia menjadi hadiah hari lahir buat Isak yang menyambut ulang tahun ke-26, Ahad lalu.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mampukah Slogan Saya Anti Buli Menoktahkan Jenayah Buli Di Sekolah?
- Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?
- Apa Lagi Yang Tengku Maimun Cuba Buktikan
Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?
Isak, yang turut meledak untuk Newcastle dalam final Piala Liga menentang Liverpool musim lalu, dikeluarkan pada separuh masa pertama ketika dia sedang meningkatkan kecergasan selepas terlepas pramusim kerana urusan perpindahan.
Liverpool kini bermula cemerlang musim ini dengan tujuh kemenangan berturut-turut, termasuk lima di Liga Perdana yang membawa mereka ke puncak carta, selain satu kemenangan Liga Juara-Juara menentang Atletico.
“Bukan persembahan terbaik kami. Itu boleh dijangka apabila anda turunkan satu pasukan yang serba baharu, ramai pemain yang lama tidak bermain.
“Tetapi ada perkara positif. Giorgi Mamardashvili bermain baik di gawang. Gol pertama Alexander dan satu lagi daripada Hugo,” kata juruatih Liverpool, Arne Slot.
Shea Charles menyamakan kedudukan buat pasukan Liga Kejuaraan itu pada minit ke-76 menerusi penyudah jarak dekat selepas tandukan Wataru Endo tersasar.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
- Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah
Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?
Slot melakukan 11 pertukaran daripada aksi menentang Everton, namun pemain gantian Hugo Ekitike menyelamatkan Liverpool daripada penentuan penalti apabila menyempurnakan hantaran Chiesa pada minit ke-85.
Penyerang Perancis itu membuka baju untuk meraikan gol dan dilayangkan kad merah selepas menerima kad kuning kedua.
Isak buka akaun gol, Liverpool atasi Southampton di Piala Liga
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri
- Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas
- Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.