Frank alu-alukan kepulangan Kane ke Tottenham
Frank alu-alukan kepulangan Kane ke Tottenham

London: Pengurus Tottenham, Thomas Frank berkata kapten England, Harry Kane sentiasa dialu-alukan kembali ke kelab London Utara itu jika dia meninggalkan Bayern Munich.
Akhbar Jerman, Bild pada Isnin melaporkan Kane mempunyai klausa pelepasan bernilai £56.7 juta (RM321 juta) yang boleh diaktifkan pada penghujung musim ini.
Turut dilaporkan Tottenham mempunyai pilihan membeli semula penyerang Bayern itu, sekali gus mencetuskan spekulasi dia mungkin membuat kepulangan penuh emosi ke London Utara.
Kane adalah penjaring terbanyak sepanjang zaman Spurs dengan 280 gol dalam semua kejohanan sepanjang 14 tahun bersama kelab selepas muncul daripada akademi remaja.
Dia menyertai Bayern pada 2023 dan sudah meledak 98 gol dalam 103 penampilan bersama juara Bundesliga itu.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mampukah Slogan Saya Anti Buli Menoktahkan Jenayah Buli Di Sekolah?
- Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?
- Apa Lagi Yang Tengku Maimun Cuba Buktikan
Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?
Ditanya sama ada beliau berminat menandatangani Kane, Frank berkata: “Saya tidak tahu ada klausa itu.
“Dia pemain luar biasa yang melakukan sesuatu yang hebat untuk Spurs dan kini juga cemerlang bersama Bayern. Pemain kelas atasan.
“Saya fikir ramai penyokong Tottenham, termasuk saya sendiri, mahu melihat Kane kembali.
“Secara peribadi, saya tidak rasa dia akan lakukannya sekarang, jujurnya. Dia mungkin akan kekal di Bayern dan terus bermain baik.”
Frank belum pernah bekerjasama dengan Kane selepas hanya mengambil alih Tottenham musim panas ini dari Brentford untuk menggantikan Ange Postecoglou.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
- Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah
Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?
Namun, jurulatih dari Denmark itu mengakui beliau kagum dengan penyerang berusia 32 tahun itu yang juga pemegang rekod penjaring terbanyak England dengan 74 gol.
“Dia penjaring terbanyak tahun lalu, menang kejuaraan dan kini masih bermain dengan baik. Saya tidak tahu apa yang dia fikirkan,” kata Frank.
“Saya sendiri seorang pengembara, saya suka mengembara, saya suka meneroka. Dia sudah berada lama di sini, jadi kenapa tidak menikmati masa bersama Bayern sedikit lama lagi?
“Tetapi dia sentiasa dialu-alukan. Jika dia mahu kembali, pintu sentiasa terbuka!”
Frank alu-alukan kepulangan Kane ke Tottenham
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri
- Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas
- Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.