Datin Shahida Kongsi Momen Ammar Ahyan & Qadejah Sertai Paranormal [VIDEO]

Netizen Terhibur!

Datin Shahida Kongsi Momen Ammar Ahyan & Qadejah Sertai Paranormal [VIDEO]

Datin Shahida Kongsi Momen Ammar Ahyan & Qadejah Sertai Paranormal [VIDEO]
Datin Shahida Kongsi Momen Ammar Ahyan & Qadejah Sertai Paranormal [VIDEO]
Perkongsian isteri kepada usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Shahida mencetuskan rasa terhibur netizen selepas berkongsi gelagat anak-anaknya yang melakukan aktiviti paranormal.

Menerusi video yang dimuatnaik di Instagram dan TikTok, Datin Shahida menyimpulkan bahawa anak-anak serta adik-adik iparnya itu sememangnya penakut.

Jelas Shahida aktiviti paranormal yang disertai anak-anaknya itu hanyalah sekadar hiburan semata-mata selain menjelaskan bahawa ramai kru di sebalik kamera yang turut berada di lokasi paranormal.

“Kesimpulannya semuanya penakut. Qadejah memang kita tau paling penakut. Ammar ni kadang berani, kadang ada takutnya jugak.

Beria haritu bagitau tak nak buat lagi. Memang takkan jadi seram la kalau Ammar ni ada. Ain Amani steady je. Apapun aktiviti budak-budak ni untuk hiburan mereka je. Mungkin bagi mereka untuk lepaskan tekanan dan penat seharian.

Selagi tak membahayakan, mama okay je korang. Lagipun kru yang ikut ni ramai. Kita je tak nampak.”-kongsi Datin Shahida


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?


 

@shahidadherbs2

Kesimpulan nya semua nya penakut. Qadejah memang kita tau paling penakut. Ammar ni kadang berani kadang ada takut nya jugak. Beria hari tu bagi tau taknak buat lagi. Memang takkan jadi seram la kalau Ammar ni ada. Apa pun aktiviti budak budak ni untuk hiburan mereka je. Mungkin bagi mereka untuk lepaskan tekanan dan penat seharian. Selagi tak membahayakan mama ok je korang. Lagi pun crew yang ikut ni ramai. Kita je tak nampak.

♬ original sound – Nur Shahida Mohd Rashid – Nur Shahida Mohd Rashid

“Ammar Dah Macam Nak Gi Melawat Kawasan..”

Di ruangan komen, rata-rata netizen berkongsi rasa terhibur melihat gelagat Ammar dan Qadejah menyertai aktviti paranormal, malah ramai yang perasan dengan penampilan Ammar yang sangat formal apabila dilihat memakai seluar slack dan kasut kulit.

“Tak tahu kenapa dia pakai slack dan kasut kulit 🤣🤣.”

“Best tengok hubungan diorang adik beradik. Boleh peluk-peluk, pegang tangan gitu.”

“Ammar nak pergi bagi bantuan kat rumah kosong ke? 🤣.”

“Ammar dah macam nak gi melawat kawasan, Nak tengok hantu-hantu ni buat kerja ke tak 🤣. Dalam gagahnya tu takut jugak, tapi Cess betul-betul buat orang terikut takut. Tiba-tiba jerit 🤣.”

“Dengan Cess je Ammar Ahyan dapat keluarkan big reaction dia 🤣 Btw comel je dua beradik ni, nampak diorang rapat betul and protective side of abang-abang Ammar Ahyan tu.”

“First time tengok orang buat cari hantu pakai formal.”

“Nampak segar Ammayan dalam program ni ye, kalau tak muka tu nampak naw muka paksa buat job 🤣.”

 

Datin Shahida Kongsi Momen Ammar Ahyan & Qadejah Sertai Paranormal [VIDEO]

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker