Chelsea nyaris dimalukan Lincoln
Chelsea nyaris dimalukan Lincoln

London: Enzo Maresca akui berlaku wujud ketegangan di bilik persalinan ketika separuh masa pertama sebelum Chelsea bangkit daripada ketinggalan satu gol untuk menewaskan Lincoln 2-1 sekali gus mengelak kejutan tersingkir daripada saingan Piala Liga.
Lincoln, pasukan tangga ketiga Liga Satu Inggeris, mendahului pada minit ke-42 di Stadium LNER selepas kecuaian Enzo Fernandez membolehkan Ryan Street menjaringkan gol untuk mendahului juara Piala Dunia Kelab itu.
Fernandez adalah antara tiga pemain yang dikekalkan daripada skuad yang tewas kepada Manchester United dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), Sabtu lalu, namun kesebelasan utama Chelsea tetap dipenuhi bintang ternama dengan nilai perpindahan keseluruhan hampir £400 juta (RM2.26 bilion).
Chelsea pantas bangkit selepas rehat dengan dua gol dalam tempoh lima minit, menerusi Tyrique George sebelum pemain muda berusia 19 tahun itu membantu Facundo Buonanotte menjaringkan gol pertamanya buat kelab, sekali gus memastikan tempat ke pusingan keempat.
Maresca mengakui perubahan taktikal membantu kebangkitan itu, namun apabila ditanya sama ada beliau ‘menyerang’ pemainnya ketika rehat, jurulatih The Blues itu menjawab: “Sudah tentu, sudah tentu, sudah tentu.”
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mampukah Slogan Saya Anti Buli Menoktahkan Jenayah Buli Di Sekolah?
- Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?
- Apa Lagi Yang Tengku Maimun Cuba Buktikan
Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?
Katanya: “Saya tahu ada antara mereka tidak pernah bermain dalam perlawanan sebegini. Saya tanya berapa kali mereka beraksi menentang pasukan Liga Satu kerana ia memerlukan corak permainan berbeza.
“Ia bukan perlawanan biasa kerana keinginan mereka (Lincoln) adalah berganda. Kami agak bergelut di babak pertama tetapi jauh lebih baik di babak kedua dan akhirnya menang.
“Jika perlawanan seterusnya menentang pasukan Liga Satu atau Liga Dua di tempat lawan, pengalaman ini pasti berguna. Ia satu pengajaran yang baik,” katanya.
Alejandro Garnacho diberi peluang kesebelasan utama pertamanya sejak perpindahan £40 juta (RM226 juta) dari Manchester United, namun pemain sayap Argentina itu menerima ejekan luar biasa daripada penyokong fanatik Lincoln sepanjang aksi.
Sorakan padu penyokong tuan rumah menyuntik semangat pemain mereka untuk terus memberi tekanan dan mengasak Chelsea hampir sepanjang perlawanan, dengan pelawat beberapa kali cemas ketika berdepan situasi bola mati apabila penjaga gol Filip Jorgensen gagal menangkap kemas hantaran lintang ke kawasan penalti.
Chelsea nyaris dimalukan Lincoln
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri
- Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas
- Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.