Arteta pertahankan pendekatan taktikalnya

Arteta pertahankan pendekatan taktikalnya

Arteta pertahankan pendekatan taktikalnya
TAKTIK Arteta dikritik selepas seri dengan City dalam aksi EPL. -FOTO Reuters

London: Mikel Arteta menegaskan usaha Arsenal menamatkan kemarau trofi tidak akan digagalkan oleh taktikalnya selepas dakwaan bahawa pengendali The Gunners itu terlalu berhati-hati.

Bekas bintang England, Gary Neville dan Jamie Carragher menuduh Arsenal bermain ‘dengan brek tangan ditarik’ susulan pemilihan kesebelasan utama yang mencetuskan kontroversi ketika mereka seri 1-1 menentang Manchester City, Ahad lalu.

Pemain sayap Arsenal, Eberechi Eze diletakkan di bangku simpanan meskipun ketiadaan Martin Odegaard, manakala Martin Zubimendi, Declan Rice dan Mikel Merino sekali lagi diturunkan di bahagian tengah selepas gagal menyerlah ketika tewas 0-1 kepada juara Liga Perdana (EPL), Liverpool pada Ogos lalu.

Taktik Arteta hampir memakan diri selepas Erling Haaland meletakkan City di depan pada awal permainan di Stadium Emirates.

Namun, mereka tetap memerlukan jaringan masa kecederaan daripada Gabriel Martinelli untuk menyelamatkan keputusan seri 1-1, sekali gus menyaksikan mereka ketinggalan lima mata di belakang pendahulu liga, Liverpool, dalam perebutan kejuaraan.

Tanpa trofi sejak Piala FA 2020 dan sekadar menamatkan saingan selaku naib juara EPL untuk tiga musim berturut-turut, Arteta kini berdepan semakin banyak persoalan mengenai kemampuannya menjadikan Arsenal sebagai juara.

Bagaimanapun, beliau membalas kritikan terbaharu terhadap perancangannya dengan jawapan tegas.

“Saya tidak membacanya tetapi jika anda beritahu saya bahawa ini naratif utama, saya akan sangat terkejut dengan pengetahuan, kepakaran serta cara saya menganalisis perlawanan bola sepak.

“Kerana adalah mustahil untuk sesiapa meramalkan penguasaan sebegitu oleh Arsenal sepanjang 96 minit, kerana ia tidak pernah berlaku dalam 17 tahun Pep (Guardiola) sebagai pengurus.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?


“Jadi jika naratif pergi ke arah lain dan kita bercakap mengenai dominasi, bagaimana anda boleh dominan menentang pasukan sebegitu jika anda ada, apa perkataannya? Brek tangan? Dominasi dan brek tangan: ia adalah dua perkataan berbeza,” katanya.

Untuk rekod ia bukan kali pertama Arteta membuat pemilihan konservatif yang kemudian diikuti dengan persembahan tidak konsisten oleh Arsenal.

Arteta pertahankan pendekatan taktikalnya


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini

 

 

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker