Wanita maut kemalangan tiga kereta di Lebuhraya Karak

Wanita maut kemalangan tiga kereta di Lebuhraya Karak

Wanita maut kemalangan tiga kereta di Lebuhraya Karak
Antara kereta terbabit kemalangan di Lebuhraya Karak di Gombak, awal pagi ini. – Foto ihsan Bomba

GOMBAK: Seorang wanita maut manakala empat lelaki cedera dalam kemalangan tiga kenderaan di Lebuhraya Karak dekat sini, awal pagi ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, berkata pihaknya menerima laporan kejadian jam 2 pagi.

Sebuah jentera dengan kekuatan enam pegawai serta anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Selayang dikejarkan ke lokasi.

“Komander operasi melaporkan kemalangan membabitkan tiga kereta jenis Perodua Ativa, Perodua Myvi dan Honda City. Terdapat empat mangsa lelaki berusia 20-an dilaporkan selamat.

“Seorang mangsa perempuan berusia 19 tahun tersepit di dalam kereta Honda City dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang tiba di lokasi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Wanita maut kemalangan tiga kereta di Lebuhraya Karak

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker