Tiga lelaki ditahan menyamar polis dan samun
Tiga lelaki ditahan menyamar polis dan samun
KUALA LUMPUR:Tiga lelaki ditahan di Jalan Kampung Pasir di sini awal pagi tadi kerana disyaki melakukan samun menggunakan senjata api tiruan dan menyamar sebagai anggota polis.
Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Hoo Chang Hook berkata dalam kejadian pada 3.30 pagi itu, sepasukan anggota Unit Rondaan Bermotosikal Balai Polis Pantai telah membuat rondaan di Jalan Kampung Pasir, Pantai Dalam dan terserempak dengan empat lelaki dalam keadaan mencurigakan.
Beliau berkata, seorang daripada lelaki tempatan itu telah melaporkan bahawa tiga suspek mengacukan sepucuk pistol serta merampas kad pengenalan, telefon bimbit dan dompet miliknya.
“Suspek kemudian cuba melarikan diri dengan menaiki motosikal namun berjaya ditahan oleh pasukan polis yang bertindak pantas di lokasi,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, polis turut menemukan beberapa barangan dirampas iaitu sepucuk pemetik api berbentuk pistol (pistol tiruan), serta beberapa barangan peribadi mangsa yang berusia 17 tahun seperti telefon bimbit, dompet dan beg.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
- Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah
Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?
Hoo berkata, modus operandi kumpulan itu ialah menyasarkan penunggang motosikal atau individu bersendirian dengan memperkenalkan diri sebagai anggota polis dan telah aktif sejak enam bulan lalu.
“Suspek kemudian akan menunjukkan pistol tiruan kepada mangsa dan melakukan pemerasan wang tunai atau barangan peribadi serta mengugut untuk dibawa ke balai polis jika enggan bekerjasama,” katanya.
Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana samun berkawan dan Seksyen 170 Kanun Keseksaan kerana menyamar sebagai penjawat awam.
Chang Hook berkata, semakan rekod juga mendapati dua daripada suspek mempunyai rekod jenayah lampau termasuk masih dikehendaki bersabit kes di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952.
Tiga lelaki ditahan menyamar polis dan samun
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri
- Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas
- Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.