Rekod kemenangan terbesar masih milik Selangor FC
Rekod kemenangan terbesar masih milik Selangor FC

Kuala Lumpur: Kejayaan Johor Darul Ta’zim (JDT) membelasah Sabah FC 8-0 dalam saingan Liga Super musim ini membolehkan skuad kendalian Xisco Munoz mencatatkan rekod antara kemenangan terbesar dalam sejarah Liga Super.
Namun, rekod paling besar setakat ini dilakukan oleh Selangor FC yang menewaskan Kelantan FC 11-2 pada musim 2023 lalu.
Mengikut data transfermarkt.com, selain Red Giants, terdapat empat lagi kemenangan besar dalam saingan Liga Super dicatatkan dan Johor Darul Ta’zim (JDT) antara pasukan paling berjaya melakukan aksi pesta jaringan ke atas lawan mereka.
Juara Liga Super 11 tahun berturut-turut itu begitu bernafsu apabila beraksi di halaman sendiri dan pasukan yang tidak bersedia pasti akan menjadi ‘lauk’. Itu terjadi kepada Kelantan Darul Naim FC yang terpaksa menerima hakikat dibelasah 9-0.
Selain itu, Sabah FC antara pasukan paling baharu dan berkongsi dengan Penang FC selepas tidak mampu menahan asakan bertubi-tubi Harimau Selatan sebelum terpaksa akur dibolosi lapan jaringan tanpa balas.
Biarpun Perak FC sudah tiada dalam saingan Liga Super musim ini, tetapi The Bos Gaurus antara kelab yang mampu berada dalam kedudukan lima pasukan teratas rekod itu selepas mencatat kemenangan besar iaitu 8-0 ke atas Kelantan FC.
Rekod kemenangan terbesar masih milik Selangor FC
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri
- Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas
- Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.