Perkhidmatan KTM Komuter, ETS terjejas ekoran hujan lebat, angin kencang

Perkhidmatan KTM Komuter, ETS terjejas ekoran hujan lebat, angin kencang

Perkhidmatan KTM Komuter, ETS terjejas ekoran hujan lebat, angin kencang
Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Perkhidmatan tren KTM Komuter dan tren elektrik (ETS) mengalami gangguan petang tadi susulan hujan lebat serta angin kencang yang melanda ibu negara.

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dalam kenyataan hari ini memaklumkan cuaca buruk sehingga berlakunya pokok tumbang menyebabkan gangguan bekalan kuasa antara laluan Salak Selatan dan Simpang Batu di ibu kota.

Ia sekali gus menjejaskan perjalanan tren berkenaan dan menyebabkan kelewatan sehingga melebihi 60 minit dari jadual asal.

Bagaimanapun, kerja-kerja pembersihan pokok tumbang dan baik pulih alat talian selesai sekitar jam 8 malam tadi.

Mengikut kemaskini KTMB di laman Facebook, 10 stesennya dijangka mengalami kelewatan perkhidmatan antara 30 minit hingga lebih sejam.

Ia membabitkan Stesen Subang Jaya, Sungai Buloh, Kepong, Putra, Seri Setia, Pantai Dalam, Kajang, Bank Negara, Seputeh dan Salak Selatan.

Terdahulu, Jabatan Meterologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri.

Dalam kenyataan dikeluarkan sekitar jam 1 tengah hari tadi, MetMalaysia memaklumkan cuaca buruk dijangka menjejaskan Bentong di Pahang, selain beberapa kawasan di Selangor meliputi Klang, Gombak dan Petaling serta Kuala Lumpur.

Keadaan sama diramal melanda Negeri Sembilan (Jelebu) dan Johor (Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru).

Di Sabah, kawasan pedalaman (Nabawan), Pantai Barat (Kota Kinabalu dan Tuaran) serta Sandakan (Tongod, Kinabatangan dan Sandakan) turut dijangka mengalami keadaan cuaca serupa.

Sementara itu di Sarawak, kawasan terjejas ialah Mukah (Dalat dan Mukah), Bintulu (Tatau dan Bintulu) serta Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi).

Perkhidmatan KTM Komuter, ETS terjejas ekoran hujan lebat, angin kencang

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker