Pensyarah IPG, suami didakwa 75 pertuduhan termasuk pengubahan wang haram lebih RM52 juta

Pensyarah IPG, suami didakwa 75 pertuduhan termasuk pengubahan wang haram lebih RM52 juta

Pensyarah IPG, suami didakwa 75 pertuduhan termasuk pengubahan wang haram lebih RM52 juta
Suami isteri didakwa atas 75 pertuduhan termasuk berkaitan pengubahan wang haram membabitkan nilai keseluruhan lebih RM52 juta.- NSTP/ L Manimaran

IPOH: Seorang pensyarah di institut pendidikan guru (IPG) dan suaminya didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 75 pertuduhan termasuk berkaitan pengubahan wang haram membabitkan nilai keseluruhan lebih RM52 juta.

Selain 61 tuduhan berkaitan kesalahan pengubahan wang haram itu, Wan Ziraiza Wan Ismail, 55 dan suami, Mohammad Riza Ahmad Hambadley, 57, bersama Pertubuhan Amal Kita Kinta Perak (PAKKP) dikendalikan mereka turut didakwa terbabit penawaran skim pelaburan tidak berdaftar serta beroperasi tanpa lesen Bank Negara Malaysia (BNM).

Pasangan itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan atas semua pertuduhan dihadapi termasuk membabitkan Pertubuhan Amal Kita Kinta Perak (PAKKP) dan empat syarikat di bawahnya, yang mana kedua-dua tertuduh mempunyai kepentingan dalam syarikat berkenaan selaku pengarah.

Mohd Riza dan Wan Ziraiza masing-masing berdepan tiga dan 38 pertuduhan, manakala PAKKP berdepan 20 pertuduhan dan baki membabitkan empat syarikat di bawah pertubuhan amal itu iaitu PAKKP Berhad dengan dua pertuduhan, diikuti PAKKP Solutions (11), PAKKP Livestock Sdn Bhd (lima) dan PAKKP Development Sdn Bhd (satu).

Semua 61 tuduhan berkaitan kesalahan pengubahan wang haram itu dibaca mengikut Perenggan 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLA) 2001 [Akta 613].


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?


Ia meliputi penggubahan wang dengan nilai keseluruhan RM52.8 juta termasuk melalui pembelian beberapa unit kenderaan serta lot tanah sekitar Perak menerusi wang hasil daripada aktiviti haram.

Kesalahan itu memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 15 tahun dan boleh juga dikenakan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai hasil aktiviti haram itu pada masa kesalahan dilakukan atau RM5 juta yang mana lebih tinggi.

Suami isteri itu serta PAKKP turut didakwa dengan empat pertuduhan menerima deposit daripada orang awam tanpa lesen sah di bawah Seksyen 10 Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 [Akta 758] melalui satu skim yang membabitkan pembayaran.

Skim terbabit bagi Program Induk Kambing Baka Shami Pertubuhan Amal Kita Kinta Perak, dengan pertuduhan menyatakan kesalahan itu dilakukan di sebuah premis beralamat di Lorong Dewangsa 2, Batu Gajah antara 30 November 2016 hingga 15 Julai 2023 dengan kedua-dua tertuduh merupakan pegawai kepada pertubuhan itu.

Sepuluh lagi pertuduhan adalah berkaitan kesalahan Mohammad Riza menawarkan kepada lima individu untuk menjadi peserta dalam skim pelaburan juga bagi Program Induk Kambing Baka Shami Pertubuhan Amal Kita Kinta Perak di mana skim berkenaan tidak berdaftar di bawah Akta Skim Kepentingan 2016 [Akta 778], manakala Wan Ziraiza dituduh bersubahat melakukan perbuatan itu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?


Perbuatan itu juga dilakukan di sebuah premis beralamat di Lorong Dewangsa 2, Batu Gajah antara 3 Mac 2017 hingga 7 Januari 2021.

Pendakwaan kes AMLA 2001 dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Zulfadli Mohd Nawawi, manakala pendakwaan kes di bawah BNM dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Steve Chin Yun Cheong, Pegawai Pendakwa BNM, Muhamad Atif Abdullah dan Harvind Raja Gopal.

Pendakwaan kes Akta 778 pula dikendalikan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Fazarul Ezhar Mohd Mokhtar dan Nurul Nabila Azmi; manakala tertuduh diwakili peguam Datuk Yaacob Md Sam dan Md Yunos Shariff.

Pensyarah IPG, suami didakwa 75 pertuduhan termasuk pengubahan wang haram lebih RM52 juta

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker