Luqman perlu usaha kekal prestasi terbaik

Luqman perlu usaha kekal prestasi terbaik

Luqman perlu usaha kekal prestasi terbaik
LUQMAN membuat penampilan sulung bersama Negeri Sembilan FC pada aksi menentang Imigresen FC, Sabtu lalu. FOTO NSFC

Seremban: Selepas membuat penampilan sulung dalam aksi Liga Super, penyerang baharu Negeri Sembilan FC (NSFC), Luqman Hakim Shamsudin dijangka akan terus diberi peluang oleh pasukan untuk berada dalam barisan kesebelasan terbaik pada perlawanan akan datang.

Pemain kelahiran Kelantan berusia 23 tahun itu diturunkan pada penghujung babak kedua dalam aksi menentang Imigresen FC yang berlangsung di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang, dengan keputusan perlawanan berkesudahan seri 1-1.

Terdahulu, peminat skuad Hobin Jang Hobin menanti penuh sabar untuk menyaksikan kelibat Luqman Hakim yang juga bekas pemain kelab Belgium, KV Kortrijk (KVK) terbabit beraksi dalam Liga Malaysia yang sedang berlangsung selepas dia dilaporkan mengalami kecederaan ketika persiapan pramusim.

Meskipun penampilan sulung dalam perlawanan itu tidak memberi peluang buat Luqman Hakim menjaringkan gol namun kehadirannya tetap memberi impak apabila berjaya membantu Negeri Sembilan meraih satu mata yang berharga.

Ketua jurulatih, Nizam Jamil mengakui Luqman sudah pulih daripada kecederaan dialaminya dan kini sudah boleh bersaing dengan pemain lain dalam mengisi tempat utama dalam pasukan itu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?


Namun, pengendali berusia 45 tahun itu menegaskan, pemain terbabit perlu berusaha mengekalkan prestasi terbaik dan sikap positifnya dalam tempoh terdekat ini, untuk memastikan tempat dalam pasukan itu terjamin.

“Dia sudah pulih (dari kecederaan), tapi perlukan pendedahan beraksi dalam permainan berintensiti tinggi ini, kerana berlatih tanpa beraksi dalam perlawanan adalah dua perkara yang berbeza bagi sesebuah kelab,” kata Nizam.

Pengendali yang pernah membimbing Selangor FC itu jelas tidak menolak akan terus memanfaatkan khidmat dan pengalaman Luqman Hakim dalam usahanya untuk memastikan jentera serangan pasukan itu lebih berbisa pada cabaran akan datang.

“Saya mengharapkan Luqman dapat kekalkan sikap positif untuk tempoh satu bulan ini bagi membolehkannya terus menyumbang kepada pasukan sama ada akan diturunkan dalam barisan kesebelasan utama mahupun sebagai pemain gantian,” katanya.

Negeri Sembilan yang kini menduduki tangga kelima carta liga dengan mengumpul lima mata hasil satu kemenangan, dua seri dan satu tewas, bakal menanti kunjungan Sabah FC pada perlawanan kelima mereka, di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Sabtu ini.

Luqman perlu usaha kekal prestasi terbaik

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini

 

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker