KL City bedal DPMM FC
KL City bedal DPMM FC

Kuala Lumpur: Kuala Lumpur (KL) City kembali merampas kedudukan kedua Liga Super daripada Terengganu FC (TFC) selepas merekodkan kemenangan bergaya 4-0 ke atas DPMM FC di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, sebentar tadi.
DPMM yang bergelut dengan masalah prestasi bermula baik dan memiliki beberapa peluang terutama menerusi Ramadhan Sananta pada minit ke-14 dan 19, namun kedua-dua percubaannya itu diselamatkan penjaga gol KL City, Quincy Kammeraad.
Bagaimanapun, detik malang DPMM bermula pada minit ke -25 apabila hantaran ke belakang yang dilakukan pertahanan mereka, Yura Indera Putera gagal di tampan kemas penjaga gol, Haimie Abdullah Nyaring yang memberikan gol pertama buat KL City.
Skuad kendalian Risto Vidakovic berada dalam kedudukan lebih selesa menerusi jaringan Victor Ruiz pada minit ke-56 sebelum Safawi Rasid menyumbang gol ketiga apabila menyudahkan umpanan Zhafri Yahya lapan minit kemudian.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
- Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah
Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?
Safawi melengkapkan malam gemilang skuad City Boys apabila meledak gol keempat pada minit ke-84 selepas menerima lorongan menarik daripada Ruiz.
Kemenangan itu membolehkan KL City mengekalkan rekod tanpa kalah dalam lima aksi awal Liga Super musim ini dan mengumpul 13 mata selepas meraih empat kemenangan dan satu seri.
Nasib berbeza dialami DPMM apabila mereka terus bergelut di kelompok bawahan liga dengan hanya meraih satu mata hasil daripada satu seri dan tewas tiga kali selepas mengharungi empat perlawanan.
KL City bedal DPMM FC
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri
- Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas
- Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.