Hujan dan angin kencang sebabkan pokok tumbang, banjir di ibu kota
Hujan dan angin kencang sebabkan pokok tumbang, banjir di ibu kota

KUALA LUMPUR: Hujan lebat dan angin kencang yang melanda beberapa kawasan di sini, petang tadi, menyebabkan berlakunya kejadian pokok tumbang di beberapa kawasan di ibu kota.
Kejadian pada jam 3 petang itu turut mengakibatkan kesesakan lalu lintas di beberapa lokasi utama.
Menurut Pusat Info Trafik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), aliran trafik mula perlahan di jalan utama Kuala Lumpur akibat cuaca hujan lebat dan menyebabkan air bertakung serta pokok tumbang di beberapa lokasi Pusat Bandar Kuala Lumpur.
Antara kawasan terjejas ialah Bangsar, khususnya di Jalan Tempinis dan Jalan Tandok, selain kawasan berhampiran Masjid Negara.
Beberapa foto tular yang dimuat naik di Facebook memaparkan keadaan jalan yang sesak akibat pokok tumbang termasuk sebuah kereta putih yang dihempap pokok di Jalan Tempinis.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
- Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah
Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?
Pihak Berkuasa Tempatan iaitu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) masih menjalankan kerja-kerja pembersihan dan pemotongan pokok.

Sementara itu, Kuala Lumpur Control & Command Centre (KLCCC) DBKL menerusi satu hantaran di akaun Facebooknya petang tadi memaklum kerja-kerja pengalihan pokok tumbang sedang dilakukan di beberapa lokasi sekitar pusat bandar.
“Ia dilakukan Team Unit Kecemasan DBKL, Skuad Penyelamat DBKL, bomba, JPAM, Renjer KLC3 dengan bantuan kawalan trafik oleh warden dan polis trafik,” katanya.
Terdahulu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri petang tadi.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan tengah hari tadi, MetMalaysia memaklumkan cuaca buruk itu dijangka melanda Bentong di Pahang, selain beberapa kawasan di Selangor (Klang, Gombak dan Petaling) serta Kuala Lumpur.
Keadaan sama diramal melanda Negeri Sembilan (Jelebu) dan Johor (Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru).
Di Sabah, kawasan pedalaman (Nabawan), Pantai Barat (Kota Kinabalu dan Tuaran) serta Sandakan (Tongod, Kinabatangan dan Sandakan) turut dijangka mengalami keadaan cuaca sama.
Sementara itu di Sarawak, kawasan terjejas ialah Mukah (Dalat dan Mukah), Bintulu (Tatau dan Bintulu) serta Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi.Pada masa ini BH masih menunggu maklum balas daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, mengenai sebarang kejadian yang berlaku.
Hujan dan angin kencang sebabkan pokok tumbang, banjir di ibu kota
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri
- Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas
- Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.