Harimau Malaya ‘ngap’ Bangladesh

Harimau Malaya ‘ngap’ Bangladesh

Harimau Malaya 'ngap' Bangladesh
Pasukan Harimau Malaya menepati ramalan dengan membenam Bangladesh 7-1 pada saingan kedua

Kuantan: Pasukan Harimau Malaya menepati ramalan dengan membenam Bangladesh 7-1 pada saingan kedua Kelayakan Piala Asia Futsal di Stadium Tertutup Sukpa, hari ini.

Jaringan skuad bimbingan jurulatih, Rakphol Sainetngam disumbang oleh

Awalluddin Mat Nawi pada minit ke 7, diikuti Danial Dain (16), Mahadir Harahap Khairuddin (18′ dan 28), Syahir Iqbal Khan (23), Saad Sani (36) dan Faris Johan (36) manakala gol tunggal Bangladesh menerusi Fayed Azim pada minit ke 8.

Barisan pemain kebangsaan mempamerkan persembahan bertenaga di hadapan penyokong walaupun sedikit tergugat pada awal permainan babak pertama.

Tentangan sengit diberikan pasukan pelawat bimbingan Saeid Khodaromi membangkitkan lagi semangat pemain negara untuk terus merobek gawang lawan.

Selepas jaringan Awalluddin pada minit ketujuh, permainan pasukan negara berubah menjadi lebih rancak hingga memaksa penjaga gol Bangladesh, Jahid Hassan Rabbi melepaskan gol demi gol.

Tamat perlawanan Harimau Malaya mencatat kemenangan selesa menewaskan pelawat 7-1 untuk menduduki tangga kedua Kumpulan G di belakang Iran.

 

Harimau Malaya ‘ngap’ Bangladesh

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini

 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker