Dua sindiket scammer dalam talian tumpas, jadikan kediaman mewah sekitar KLCC pusat operasi

Dua sindiket scammer dalam talian tumpas, jadikan kediaman mewah sekitar KLCC pusat operasi

Dua sindiket scammer dalam talian tumpas, jadikan kediaman mewah sekitar KLCC pusat operasi
Suzilme (depan) menunjukkan barang rampasan dan dokumen suspek pada sidang media di IPD Dang Wangi, KL, hari ini. – Foto NSTP/Fathil Asri

KUALA LUMPUR: Polis menumpaskan dua sindiket penipuan dalam talian yang menjadikan residensi mewah sekitar Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini, sebagai pusat panggilan dan kediaman mereka.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman berkata dalam serbuan pada 18 dan 19 September lalu itu, 24 individu termasuk 23 warga asing berjaya ditahan selain rampasan pelbagai peralatan termasuk komputer riba.

Katanya, siasatan awal mendapati kedua-dua sindiket itu yang beroperasi d situ sejak awal bulan ini, didapati mensasarkan mangsa mereka di China dan Jepun.

“Serbuan pertama pada 18 September lalu oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman bersama Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Daerah Dang Wangi hasil maklumat serta risikan, membabitkan dua unit kediaman di Binjai Residensi.

“Polis menahan 13 warga asing dan seorang warga tempatan berusia antara 18 hingga 45 tahun yang disyaki terbabit dalam aktiviti penipuan dalam talian.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?


“Pemeriksaan ke atas peranti yang ditemui di lokasi serbuan menunjukkan wujudnya unsur-unsur penipuan atas talian dan platform palsu untuk mensasarkan mangsa-mangsa di negara China.

“Turut dirampas adalah beberapa unit komputer riba, telefon bimbit, modem router dan kad akses dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 420/511 Kanun Keseksaan

“Semua suspek ditahan reman sehingga 25 September ini bagi membantu siasatan lanjut,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Sulizmie berkata, dalam serbuan kedua pada 19 September, pihaknya menahan 10 warga asing yang menjadikan lima unit kediaman di The Troika KLCC sebagai pusat panggilan penipuan pelaburan kripto tidak wujud yang menyasarkan mangsa di Jepun.

Katanya, pemeriksaan ke atas peranti menunjukkan wujud unsur-unsur penipuan pelaburan atas talian dan platform palsu yang digunakan untuk mensasarkan mangsa.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?


“Pihak polis turut merampas beberapa unit komputer riba, telefon bimbit, modem router, monitor dan kad akses.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 420/511 Kanun Keseksaan. Semua suspek ditahan reman selama empat hari bermula 20 September hingga 23 September ini bagi membantu siasatan lanjut.

“Semua suspek warga asing membabitkan kedua-dua sindiket juga akan dirujuk kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut selepas siasatan polis selesai,” katanya.

Mengenai warga asing yang terbabit dalam kegiatan penipuan dalam talian itu, Sulizmie yakin kediaman dan pusat panggilan mereka diaturkan oleh dalang yang disyaki juga warga asing.

Katanya, pemilik kediaman yang diserbu itu akan dipanggil untuk siasatan lanjut.

“Kita berharap orang ramai khususnya penghuni di mana-mana kediaman dan residensi mewah untuk memaklumkan kepada polis sekiranya melihat kehadiran ramai warga asing mencurigakan di tempat tinggal mereka,” katanya.

 

Dua sindiket scammer dalam talian tumpas, jadikan kediaman mewah sekitar KLCC pusat operasi

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker