China siap sedia pindah 400,000 penduduk kerana Super Ragasa
China siap sedia pindah 400,000 penduduk kerana Super Ragasa

MANILA – Bandar raya Shenzhen di China bersiap sedia memindahkan 400,000 orang, manakala penduduk di utara Filipina mencari perlindungan daripada angin kencang ketika Taufan Super Ragasa menuju ke selatan China hari ini.
Taufan itu tiba di daratan di Pulau Calayan, Filipina, pukul 3 petang waktu tempatan, demikian menurut perkhidmatan cuaca Filipina.
Setakat pukul 2 petang, angin kencang selaju 215 kilometer sejam dilaporkan di pusat ribut dengan angin taufan boleh mencapai kelajuan 295 kilometer sejam.
“Saya terbangun kerana bunyi kuat angin kencang. Ia melanda tingkap dan kedengaran seperti mesin yang dihidupkan,” kata penduduk Aparri yang merupakan sebuah bandar di wilayah Cagayan, Tirso Tugagao
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
- Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah
Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?
Lebih 10,000 orang dipindah di seluruh Filipina dengan sekolah dan pejabat kerajaan ditutup di wilayah Manila dan 29 wilayah lain hari ini.
Namun, operasi yang lebih besar akan berlangsung di Shenzhen di mana pihak berkuasa berkata lewat semalam bahawa ratusan ribu penduduk di kawasan pantai dan rendah akan dipindahkan.
Beberapa bandar lain di wilayah Guangdong mengumumkan sekolah dan pejabat akan ditutup dan pengangkutan awam tidak beroperasi sementara waktu digantung kerana Ragasa. – AFP
China siap sedia pindah 400,000 penduduk kerana Super Ragasa
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri
- Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas
- Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini
You must be logged in to post a comment.