Penjual buah bebas tuduhan miliki senjata api dan peluru tanpa lesen sah
Penjual buah bebas tuduhan miliki senjata api dan peluru tanpa lesen sah

KOTA BHARU: Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, melepaskan dan membebaskan penjual buah daripada dua pertuduhan memiliki senjata api serta peluru tanpa lesen sah pada Mac tahun lalu.
Hakim Zulkifli Abllah membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh, Mohd Haziman Hikamarhakimi, 38.
“Oleh itu, kuasa yang ada pada saya tertuduh dilepas dan dibebaskan daripada kedua-dua pertuduhan tanpa dipanggil membela diri,” katanya.
Mahkamah turut mendapati pihak pendakwaan gagal menunjukkan senjata yang dirampas berada dalam milikan dan kawalan tertuduh selain terdapat percanggahan keterangan antara saksi utama, iaitu pegawai penyiasat dan pegawai tangkapan.
Mengikut pertuduhan, Mohd Haziman didakwa memiliki dua senjata api iaitu pistol Beretta Patented Gardone V.T buatan Itali dan revolver .357 Magnum Cartridge Colt’s PT FA MFG CO Hartford Conn USA bernombor siri V16140 di sebuah rumah di Kampung Tanjung Chat, Kota Bharu pada 12 Mac 2024, jam 11 malam.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
- Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah
Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 [Akta 37].
Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa menyimpan pelbagai jenis peluru tanpa lesen sah di lokasi sama termasuk 24 butir 9MM Luger A USA, 9 butir 9MM Luger NRC, 5 butir 9MM Thai Arms, 18 butir .357 Mag Ap, 1 butir .357 Mag A USA dan 1 butir 9MM Luger PMC pada tarikh dan lokasi yang sama.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Kamarul Hasyime Rosli manakala tertuduh diwakili peguam, Datuk Geethan Ram Vincent.
Penjual buah bebas tuduhan miliki senjata api dan peluru tanpa lesen sah
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri
- Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas
- Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.