Pengunjung panik ular sawa muncul dari laut

Pengunjung panik ular sawa muncul dari laut

Pengunjung panik ular sawa muncul dari laut
Ular sawa batik yang ditangkap APM. – Foto ihsan APM Alor Gajah

ALOR GAJAH: Suasana ceria di pantai peranginan Tanjung Bidara bertukar kecoh apabila seekor ular sawa batik muncul dari laut tengah hari semalam.

Reptilia seberat hampir lapan kilogram dan sepanjang dua meter itu dikesan berenang berhampiran pengunjung yang sedang mandi jam 12.15 tengah hari, sekali gus mencetuskan detik cemas.

Terkejut dengan kemunculan mengejut ular berkenaan, orang ramai segera melaporkan kepada anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang bertugas di Menara Penyelamat Pantai.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Alor Gajah, Kapten (PA) Shahrulnizam Md Shah, berkata dua anggotanya bergegas ke lokasi dan mengesan ular sawa itu kira-kira 25 meter dari pesisir pantai.

“Dua anggota kami, Lans Koperal (PA) Muhammad Shahril Hizhar Anuawi dan Prebet (PA) Muhammad Irsyad Dini Tawi menggunakan papan luncur penyelamat dan tanjul ular untuk menangkap haiwan itu, bagi mengelak risiko kepada pengunjung,” katanya ketika dihubungi.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?


Menurutnya, operasi menangkap ular berkenaan mengambil masa kira-kira 30 minit berikutan kesukaran mengekori pergerakannya di dalam air.

“Ini kali pertama kami berdepan kes ular sawa di laut. Ia satu cabaran kerana ular itu berenang dan menyelam dengan sangat pantas,” katanya.

Difahamkan, ular sawa berkenaan dipercayai keluar dari kawasan semak berhampiran muara sungai dekat Kem Terendak, berkemungkinan untuk mencari makanan.

Pengunjung panik ular sawa muncul dari laut

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini

 

 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker