Pencuci kipas bot hilang ditemui lemas
Pencuci kipas bot hilang ditemui lemas

PONTIAN: Seorang warga emas yang dilaporkan hilang di laut ketika sedang mencuci kipas bot di Jeti Nelayan, Jalan Tambak, Pontian Kecil, di sini, hari ini, ditemui lemas.
Komander Operasi Kanan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pontian Baru, Mahadir Mamat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.02 tengah hari.
Katanya, Pasukan Keluaran Operasi (PKO) ke lokasi kejadian di Jeti Nelayan, Jalan Tambak Pontian Kecil pada jam 12.09 tengah hari.
“Bagaimanapun jasad mangsa dijumpai pada jam 3.25 petang tadi selepas kira-kira 3 jam 25 minit masa pencarian.
“Mayat mangsa berusia 65 tahun timbul sendiri pada jarak 10 meter dari jeti nelayan berkenaan,” katanya dalam kenyataan.
Katanya, mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian dipercayai lemas dan diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.
Mahadir berkata, operasi pencarian dijalankan dengan kekuatan 17 anggota, tiga jentera, sebuah bot penyelamat serta dibantu Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari BBP Kluang.
Pencuci kipas bot hilang ditemui lemas
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri
- Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas
- Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.