Pelajar maut selepas minta telefon bimbit daripada kekasih

Pelajar maut selepas minta telefon bimbit daripada kekasih

Pelajar maut selepas minta telefon bimbit daripada kekasih
SURYADI (kanan) dituduh membunuh kekasih gelapnya. – Foto Polis Lampung Tengah

JAKARTA – Seorang lelaki didakwa membunuh kekasih gelapnya yang merupakan seorang pelajar sekolah, selepas mangsa meminta wang untuk membeli telefon bimbit, lapor laman berita Tribun Trends semalam.

Suryadi, 42, diminta oleh kekasihnya dikenali sebagai AD, 15, untuk memberikan wang sebanyak 8 juta rupiah (RM2,000) di Lampung Tengah,  wilayah Lampung.

Namun, suspek yang sudah beristeri hanya mampu memberi mangsa 3 juta rupiah (RM760) kerana tidak mempunyai wang sebanyak itu.

Tindakan itu membuatkan mangsa marah lalu memukul suspek.

Kejadian tersebut mencetuskan kemarahan suspek sehingga dia memukul mangsa menggunakan sebatang kayu.

“Hasil siasatan awal mendapati, mangsa adalah kekasih gelap suspek yang dibunuh sebelum mayatnya dibuang ke sungai,” kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah  Lampung Tengah, Asisten Superintenden Polis, Devrat Aolia Arfan.

Mayat mangsa ditemukan Rabu lalu di sebatang sungai di Lampung Tengah.

Sebelum ini, mangsa dilaporkan hilang oleh keluarganya.

Menurut polis, suspek memberitahu isterinya bahawa dia telah membunuh seseorang, sebelum meneguk racun dengan tujuan mengakhiri hidupnya.

Bagaimanapun, polis yang dihubungi keluarganya berjaya menghalang suspek daripada menamatkan riwayat sendiri. – AGENSI

Pelajar maut selepas minta telefon bimbit daripada kekasih

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker