Ibu tunggal disyaki dalang sindiket ‘ah long’ didakwa bakar dua kereta peminjam

Ibu tunggal disyaki dalang sindiket ‘ah long’ didakwa bakar dua kereta peminjam

Ibu tunggal disyaki dalang sindiket 'ah long' didakwa bakar dua kereta peminjam
Ibu tunggal, Vun Lee Fon dituduh melakukan khianat dengan membakar dua kereta di Kluang. – Foto Alias Abd Rani

KLUANG: Ibu tunggal yang menjadi dalang sindiket pinjaman wang tanpa lesen atau ‘ah long’ dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, terhadap pertuduhan khianat dengan membakar dua kereta awal bulan ini.

Tertuduh, Vun Lee Fon, 46, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap semua dua pertuduhan yang dikemukakan jurubahasa dalam Bahasa Mandarin di hadapan Hakim Mujib Saroji.

Mengikut kedua-dua pertuduhan, ibu kepada dua anak didakwa melakukan khianat dengan membakar dua kereta milik wanita berusia 28 dan 45 tahun.

Kesalahan itu dilakukan masing-masing di Jalan Suria 4, Taman Matahari dan Taman Sri Permai, di sini, antara jam 3 hingga 4 pagi, 3 dan 5 September lalu.

Bagi semua pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 435 dan Seksyen 436 Kanun Keseksaan dengan Seksyen 435 memperuntukkan penjara sehingga 14 tahun dan denda manakala Seksyen 436, penjara maksimum 20 tahun dan juga denda jika sabit kesalahan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?


Pada prosiding itu, pihak pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya, Nur Ramizah Ramli manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu pihak pendakwaan menawarkan ikat jamin sebanyak RM27,000 bagi kedua-dua pertuduhan serta syarat tambahan.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM14,000 dengan seorang penjamin, selain perlu melapor diri di balai polis berhampiran serta tidak boleh mengganggu saksi pendakwaan termasuk mangsa sehingga kes selesai.

Kes disebut semula 15 Oktober ini untuk serahan dokumen dan lantikan peguam tertuduh.

Difahamkan, sejurus dihadapkan ke mahkamah, tertuduh kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar untuk pertuduhan kes sama dalam masa terdekat.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?


Tertuduh ditahan di Johor Bahru pada 6 September lalu selepas didakwa membaling molotov cocktail serta menampal notis ugutan di kediaman mangsa yang gagal membuat bayaran semula pinjaman.

Ibu tunggal disyaki dalang sindiket ‘ah long’ didakwa bakar dua kereta peminjam

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker