Duka selepas cuti penggal, ibu maut kemalangan hantar anak ke sekolah
Duka selepas cuti penggal, ibu maut kemalangan hantar anak ke sekolah

BALING: Seorang ibu maut, manakala anaknya berumur lima tahun terselamat apabila motosikal ditunggang mereka terbabit kemalangan di Kampung Tembak B, Jalan Parit Panjang-Kuala Ketil di sini, hari ini.
Insiden berlaku ketika wanita terbabit dipercayai sedang dalam perjalanan menghantar anak tahap prasekolah itu ke sekolah yang dibuka semula selepas cuti penggal kedua berakhir, semalam.
Pemangku Ketua Polis Daerah Baling, Deputi Superintendan Ahmad Salimi Md Ali, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam kira-kira jam 9 pagi berhubung kemalangan maut membabitkan dua motosikal, sebelum pasukan bergegas ke lokasi.
“Hasil siasatan mendapati kejadian membabitkan sebuah motosikal ditunggang lelaki warga tempatan berumur 28 tahun dari arah tempat kerja di Kuala Ketil menghala ke Kampung Tembak B, dengan motosikal ditunggang wanita tempatan berusia 30 tahun yang membawa anak lelakinya berumur lima tahun.
“Dua beranak itu dipercayai sedang dalam perjalanan dari arah rumah mereka di Kampung Padang Besar, Kuala Ketil, menghala ke sebuah stesen minyak di Kampung Tembak B.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
- Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah
Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?
“Bagaimanapun, kejadian itu masih dalam siasatan polis,” katanya ketika dihubungi.
Ahmad Salimi berkata, kemalangan itu menyebabkan wanita terbabit cedera parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala anaknya serta penunggang sebuah lagi motosikal dibawa ke Hospital Baling untuk mendapatkan rawatan.
Beliau berkata, mayat mangsa kemudian dihantar ke Unit Forensik, Hospital Baling, untuk bedah siasat.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, iaitu menyebabkan kematian kerana memandu dengan melulu atau membahayakan.
“Jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara tidak kurang dua tahun dan tidak lebih 10 tahun dan denda tidak kurang RM5,000 dan tidak lebih RM20,000,” katanya.
Duka selepas cuti penggal, ibu maut kemalangan hantar anak ke sekolah
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri
- Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas
- Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.