Dituduh Hantar Sihir Kat Kak Ton?

Dituduh Hantar Sihir Kat Kak Ton?

Dituduh Hantar Sihir Kat Kak Ton?

Sebelum ini usahawan popular, Zaiton Hassan atau lebih mesra dikenali sebagai Kak Ton mencuri tumpuan apabila menceritakan pengalaman mistik yang pernah dialaminya dalam podcast terkenal, Sembang Seram.

Kak Ton Dedah Kena Sihir? Netizen Mula Buat Spekulasi Liar!

Dituduh Hantar Sihir Kat Kak Ton?
via Sembang Seram

Dalam episod tu, beliau mendakwa pernah diganggu ilmu hitam yang dihantar oleh seorang pengasas produk!

Walaupun Kak Ton tak sebut nama sesiapa, netizen kat TikTok mula buat andaian sendiri.

Yang mengejutkan, ada yang berani petik nama Datuk Azie sebagai individu yang dimaksudkan. Tapi betul ke?

Riezman Khuzaimi: “Jangan Main Tembak Suka Hati”

Dituduh Hantar Sihir Kat Kak Ton?
via Nona

Suami kepada Datuk Azie, iaitu pelakon dan pempengaruh TikTok, Riezman Khuzaimi, tak tunggu lama untuk bersuara.

Menurut HMetro, bila ditanya tentang spekulasi liar tu, Riezman dengan tenang menafikan semua dakwaan yang dilemparkan terhadap isterinya.

Tak betul langsung.

Netizen sekarang suka buat andaian tanpa tahu cerita sebenar.

Saya pun tak layan sangat komen macam tu sebab kebanyakannya cuma rosakkan mental rakyat Malaysia.

Riezman juga kongsi yang isterinya seorang yang sangat positif dan tak mudah terkesan dengan komen negatif.

Menurutnya, budaya “main tuduh” ni boleh jadi penyakit ain di mana orang mudah ikut-ikut tanpa selidik kebenaran.

Tak Nak ‘Koyak’ Lagi – Riezman Pilih Untuk Chill

Dituduh Hantar Sihir Kat Kak Ton?
via Nona

Kalau dulu Riezman akui dia mudah ‘koyak’, sekarang dah lain.

Katanya, banyak belajar dari isterinya untuk kekal tenang dan guna reverse psychology bila hadap komen negatif netizen.

Saya pun selalu ingatkan pengikut saya kat TikTok, jangan cepat koyak.

Kalau ada ‘mulut puaka’ masuk masa live, tak payah layan.

Buat rilek je, kalau kita layan, nanti kita pun dapat dosa.

Riezman juga tekankan dia tak berminat nak ambil tindakan undang-undang, sebab bagi dia tak berbaloi layan benda tak berasas.

Lagi bagus guna masa tu untuk sebarkan positifiti.

Kesimpulannya, tak semua yang trending di TikTok tu betul. Jadi sebelum buat spekulasi, pastikan kita tahu cerita sebenar. Jangan sampai fitnah jadi dosa!

Dituduh Hantar Sihir Kat Kak Ton?


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker