Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini

Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini

Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini

 

Kalau kita masih ingat, ketika Perhimpunan Agung Tahunan 2023, Presiden PPBM, Muhyiddin Yasin, pernah mengumumkan persaraan beliau dari dunia politik.

Tetapi hanya sehari selepas itu, Muhyiddin membuat u-turn, dan menarik balik pengumuman persaraan yang sudah dibuat.

Alasan yang diberikan Muhyiddin adalah kerana selepas mendengar nasihat dari isteri beliau.

Malah, tanpa rasa bersalah, Muhyiddin turut memperlekehkan suara perwakilan dengan mengatakan kuasa tertinggi adalah isteri beliau dan bukannya perwakilan.

“Sebenarnya kuasa yang paling besar saya nak sebutkan di sini bukan Perhimpunan Agung Tahunan (PAT).”

“Tidak lain adalah isteri saya.”

“Sebenarnya ketika saya umumkan semalam, isteri saya mesej untuk minta saya kekal lagi satu penggal.”

“Dia kata jangan kecewakan mereka (ahli), dia kata mereka perlukan awak, mereka ikhlas.”

“Saya kata, okay.”

“Saya akan kekal untuk penggal terakhir.”

“Isteri saya kata terima kasih kerana ini untuk bangsa dan negara.”

Jadi saya nak menyatakan sebab hasrat dan niat baik saudara sekalian di sini saya buat keputusan untuk menawarkan diri bertanding dalam jawatan presiden,” kata Muhyiddin.

Tiada Lagi Jalan Keluar Untuk Muhyiddin

Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini

 

Tetapi kali ini Muhyiddin menghadapi senario yang berbeza.

Desakan supaya Muhyiddin segera berundur tidak lagi dibuat atau dibincangkan secara tertutup.

Malah ianya dibuat secara terbuka dan ketika Muhyiddin menyampaikan ucapan di Perhimpunan Agung Tahunan PPBM.

Tidak cukup dengan itu, Angkatan Muda Harapan (AMH), secara terbuka mendesak agar Muhyiddin segera berundur.

Ianya disuarakan oleh Ketua Penerangan AMH, Ammar Atan.

“Perbalahan secara terbuka antara parti komponen PN jelas menunjukkan gabungan pembangkang itu memerlukan kepimpinan baharu.”

“Kelemahan blok pembangkang ketika ini hanya akan menjejaskan kelangsungan sistem demokrasi negara.”

“Sehingga kini, PAS masih keberatan menamakan Muhyiddin sebagai calon Perdana Menteri,” tegas beliau.

Secara peribadi, penulis kurang bersetuju dengan apa yang dinyatakan oleh Ammar Atan.

Kenyataan beliau jelas membuktikan dengan jelas bahawa matlamat utama PPBM hanyalah untuk kuasa dan jawatan perdana menteri.

Tetapi itu bukanlah isu yang dibincangkan kali ini.

Namun satu lagi persoalan yang timbul adalah, apakah pula pendirian Wan Ahmad Fahysal?

Ternyata kali ini Muhyiddin benar-benar ditekan untuk berundur dengan segera.

Kalau Muhyiddin lupa, beliau sendiri pernah berjanji, penggal 2023/2025 adalah penggal terakhir beliau.

Sekiranya Muhyiddin ikhlas dalam perjuangan, jalan terbaik adalah berundur dengan segera.

Kerana kali ini, wahyu dari isteri beliau pun tidak akan dapat menyelamatkan kedudukan beliau.

Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Layari Laman Facebook:

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker