Anggota TUDM lemas di air terjun
Anggota TUDM lemas di air terjun

KUCHING : Keseronokan sekumpulan enam lelaki memanfaatkan cuti hujung minggu untuk mandi di air terjun Giam, di Jalan Puncak Borneo, Padawan berakhir tragedi apabila salah seorang daripada mereka lemas, hari ini.
Sumber berkata, mangsa, seorang anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berusia 21 tahun itu dihanyutkan arus deras dan hilang.
Katanya, rakan-rakannya bertindak segera mencari dan berjaya menemui mangsa selepas kira-kira 20 minit.
“Bagaimanapun, ketika ditemui mangsa sudah tidak bernyawa dan ia disahkan oleh anggota paramedik yang tiba di lokasi kejadian kira-kira jam 1.20 tengah hari,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Mohd Irwan Hafiz Md Radzi yang mengesahkan kejadian itu, berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu kira-kira jam 12.06 tengah hari daripada orang awam.
“Sebaik menerima laporan, anggota polis bersama pasukan penyelamat segera digerakkan ke lokasi kejadian.
“Mangsa yang dipercayai lemas berjaya dibawa keluar oleh orang awam sebelum dibawa ke Hospital Umum Sarawak,” katanya dalam kenyataan, hari ini tanpa mendedahkan identiti mangsa.
Anggota TUDM lemas di air terjun
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri
- Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas
- Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.