75 individu ditahan ceroboh Hutan Simpan Ayer Itam
75 individu ditahan ceroboh Hutan Simpan Ayer Itam
KUALA LUMPUR: Seramai 75 individu ditahan dalam Operasi Penguatkuasaan Hutan (Ops Jejak 2), hari ini, kerana memasuki Hutan Simpan Ayer Itam di Selangor secara tanpa permit.
Operasi jam 11 pagi itu dilaksanakan oleh Bahagian Penguatkuasaan, Bahagian Eco Park dan Taman Negeri, Jabatan Perhutanan Selangor, bersama pasukan Pejabat Hutan Daerah Selangor, Universiti Putra Malaysia (UPM) serta Balai Polis Puchong Jaya.
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Muhamad Farid Ahmad, berkata semua individu itu ditahan kerana memasuki hutan simpan kekal dari Bukit Wawasan Puchong, tanpa Borang 6 iaitu permit sah bawah Enakmen (Pemakaian) Akta Perhutanan Negara 1985.
Beliau berkata, mereka kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang untuk tindakan lanjut.
“Kes disiasat oleh Jabatan Perhutanan Selangor mengikut Seksyen 47 Akta Perhutanan Negara 1985, iaitu memasuki hutan simpan kekal tanpa kebenaran.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
- Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah
Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?
“Kesemua tahanan kemudian dibebaskan dengan jaminan oleh pihak Jabatan Perhutanan Selangor,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Muhamad Farid menegaskan orang awam tidak dibenarkan memasuki kawasan hutan itu bagi tujuan riadah, kerana tiada permit dikeluarkan memandangkan ia telah diwartakan untuk tujuan pembelajaran dan penyelidikan oleh Bahagian Perhutanan UPM.
Katanya, kawasan dibenarkan untuk orang awam hanyalah Trek Hutan 1 sepanjang 2.8 kilometer di Hutan Simpan Ayer Itam, dengan pintu masuk dan keluar di kaki Bukit Wawasan, Pusat Bandar Puchong, sebagaimana ditetapkan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) ke-32/2012.
75 individu ditahan ceroboh Hutan Simpan Ayer Itam
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri
- Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas
- Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.