Verstappen sapu petak utama di Baku
Verstappen sapu petak utama di Baku

Baku: Max Verstappen memastikan Red Bull bermula di petak utama Grand Prix Azerbaijan selepas sesi kelayakan yang penuh kekecohan dengan enam kali dihentikan, rekod baharu dalam Formula Satu.
Carlos Sainz melakar kejutan apabila meletakkan jentera Williams di petak kedua, sekali gus mengiringi juara dunia empat kali itu di barisan hadapan.
Ia menjadi petanda hari sukar buat McLaren, yang boleh mengesahkan kejuaraan konstruktor esok.
Oscar Piastri hanya menamatkan kelayakan di tempat kesembilan tanpa sempat mencatat masa pada fasa terakhir selepas terbabit dalam kemalangan, manakala rakan sepasukan yang juga pesaing kejuaraan, Lando Norris sekadar ketujuh apabila gagal memanfaatkan peluang untuk menjarakkan kedudukan dengan pelumba Australia itu.
Racing Bulls turut mencuri tumpuan apabila Liam Lawson menempah slot di petak ketiga, manakala Kimi Antonelli (Mercedes) berada di petak keempat sekali gus menghadirkan barisan kedua kelayakan penuh muka baharu.
Ferrari turut berdepan nasib malang apabila Charles Leclerc turut terbabit dalam insiden kemalangan, melengkapkan sesi penuh drama di Baku.
Verstappen sapu petak utama di Baku
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas
- Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
- Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.