Polis tahan penjenayah selepas kejar hingga R&R Behrang
Polis tahan penjenayah selepas kejar hingga R&R Behrang

BEHRANG: Pengguna Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) berhampiran Hentian Rawat dan Rehat (R&R) di sini, gempar susulan adegan sekumpulan anggota polis mengejar dan menahan penjenayah tengah hari tadi.
Berdasarkan video tular di media sosial, dapat dilihat dua kereta dipercayai dinaiki anggota polis mengejar sebuah MPV yang dipandu melawan arus sebelum suspek memasuki semula lebuh raya berkenaan.
Bagaimanapun MPV dipandu suspek berjaya dipintas dan dihalang sebelum pemandunya ditarik keluar oleh anggota polis dari dalam kenderaan berkenaan.
Suspek kemudian diarahkan berbaring di bahu jalan sebelum pihak polis melakukan pemeriksaan pada kenderaan suspek.
Terdahulu nitizen memaklumkan terdengar bunyi tembakan dipercayai dilepaskan polis bagi menghalang tindakan berbahaya suspek.
Difahamkan polis akan mengeluarkan kenyataan media dalam masa terdekat berhubung kejadian itu.
Polis tahan penjenayah selepas kejar hingga R&R Behrang
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas
- Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
- Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.