‘Minggu lalu, sekali lagi dia datang dalam mimpi, bersandar pada bot sambil tersenyum’ – Che Bunga

‘Minggu lalu, sekali lagi dia datang dalam mimpi, bersandar pada bot sambil tersenyum’ – Che Bunga

'Minggu lalu, sekali lagi dia datang dalam mimpi, bersandar pada bot sambil tersenyum' - Che Bunga
Che Bunga bersama lembu betina kesayangan suaminya, Ahmad Husin. – NSTP/Siti Rohana Idris

TUMPAT: Memasuki minggu ketiga Ahmad Husin hilang di laut selepas keluar memancing, keluarga tetap tidak berputus asa berikhtiar menjejaki warga emas itu.

Sudah ramai ustaz dirujuk dan rata-rata mendakwa Ahmad, 71, masih hidup, namun berdepan halangan untuk kembali ke rumah. Kata-kata mereka agak melegakan keluarga dan meletakkan sedikit harapan agar warga emas itu kembali dengan selamat.

Isterinya, Che Bunga Yaakob, 68, bagaimanapun tetap berasa runsing memikirkan di mana dan bagaimana keadaan suaminya sekarang, menyebabkan dia tidak berselera makan dan minum serta tidurnya juga sering terganggu.

“Tetap terbayang-bayang kelibatnya di setiap sudut rumah. Minggu lalu, sekali lagi dia datang dalam mimpi dalam keadaan bersandar di bot sambil tersenyum.

“Hati saya tetap mengatakan suami masih ada. Menurut beberapa ustaz yang ditemui, mereka juga berkata demikian, cuma ada halangan yang tidak membolehkannya kembali ke pangkuan keluarga,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Kelaboran, di sini.

Che Bunga berkata, pencarian turut dibuat ke beberapa kawasan di selatan Thailand oleh ahli keluarga dan semalam, anak bongsunya, Mohd Zulkarnain Ahmad, 26, bersama keluarga mentuanya ke Narathiwat untuk menjejak Ahmad.

Menurutnya, selain solat hajat yang sentiasa diadakan, dia juga sering ke jeti lokasi terakhir suaminya turun ke laut, iaitu di Kuala Tanjong untuk membaca Yasin.

“Doa juga setiap hari, semoga Allah permudahkan urusan. Jika suami masih hidup, kembalikanlah dia dengan segera dan jika sebaliknya, timbulkanlah jasadnya supaya ada tanda,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan Ahmad keluar memancing ikan di perairan Tumpat pagi 31 Ogos lalu dengan menaiki bot gentian miliknya, namun tidak pulang ke rumah sehingga kini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Menuduh 160 Ketua UMNO Bahagian Biadab Adalah Sangat Tidak Beretika


Che Bunga juga memaklumkan, dua daripada empat lembu peliharaan Ahmad sering menghampiri motosikal roda tiga kepunyaan suami.

“Dua lembu betina terutama yang dinamakan Mek Teh yang dimanjakan Ahmad dilihat seakan tercari-cari warga emas itu. Saya terpaksa ‘memujuk’ dengan memberi makan dan bercerita kehilangan suami.

“Dari mata Mek Teh, keluar seperti air mata dan dia juga kerap menggesel badan pada motosikal roda tiga milik suami,” katanya.

‘Minggu lalu, sekali lagi dia datang dalam mimpi, bersandar pada bot sambil tersenyum’ – Che Bunga

 

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker