Isu Lagu Old Love Tidak Menang AIM24: Ini Penjelasan Pihak RIM

Isu Lagu Old Love Tidak Menang AIM24: Ini Penjelasan Pihak RIM

Isu Lagu Old Love Tidak Menang AIM24: Ini Penjelasan Pihak RIM

Sebelum ini, isu penjurian Anugerah Industri Muzik ke-24 (AIM24) menjadi perbualan hangat selepas abang kepada penyanyi Putri Dahlia, Iman Syakir, meluahkan rasa tidak puas hati di media sosial.

Pertikaian Kaedah Penjurian AIM24

Menerusi satu hantaran di Instagram Story, beliau mempertikaikan bagaimana lagu Hal Hebat nyanyian Ernie Zakri dan Ade Govinda dipilih sebagai pemenang Lagu Paling Tinggi Distrim, sedangkan lagu Old Love nyanyian Putri Dahlia dan Yuji telah meraih lebih 360 juta strim di Spotify.

Menurutnya, angka penstriman yang jauh lebih tinggi sepatutnya memberi kelebihan kepada lagu tersebut.

Penjelasan Pihak RIM

Isu Lagu Old Love Tidak Menang AIM24: Ini Penjelasan Pihak RIM
via Berita News

Rentetan daripada itu, menurut Harian Metro, Presiden Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM), Rosmin Hashim tampil memberikan penjelasan berhubung isu berkenaan.

Menurutnya, pemenang kategori Lagu Paling Tinggi Distrim dipilih berdasarkan kedudukan dalam Carta Domestik RIM, iaitu carta rasmi mingguan lagu tempatan yang paling tinggi distrim di Malaysia.

Lagu Old Love, walaupun mencatat jumlah strim global yang sangat tinggi, tidak tersenarai dalam carta tersebut disebabkan isu teknikal berkaitan pendaftaran kod ISRC (International Standard Recording Code).

Lagu berkenaan didaftarkan dengan kod ISRC yang bermula dengan awalan luar negara seperti SETL, dan QZ, bukannya MY.

Pentingnya Pendaftaran ISRC Yang Betul

Rosmin menjelaskan bahawa kod ISRC bertindak sebagai ‘cap jari digital’ yang membolehkan sistem mengenal pasti sesebuah rakaman sebagai keluaran tempatan.

Oleh itu, hanya lagu yang mempunyai kod ISRC dengan awalan MY akan diiktiraf dalam Carta Domestik RIM.

Akibat kesilapan ini, Old Love tidak dikira sebagai lagu tempatan walaupun ia merupakan karya artis Malaysia.

RIM menyeru semua pihak dalam industri muzik termasuk label, artis bebas dan pengedar untuk memastikan semua rakaman didaftarkan dengan ISRC yang betul bagi mengelakkan isu sama berulang pada masa akan datang dan menjamin pengiktirafan yang adil kepada bakat tempatan.

Isu Lagu Old Love Tidak Menang AIM24: Ini Penjelasan Pihak RIM

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker