Flick yakin Rashford bangkit
Flick yakin Rashford bangkit

Barcelona: Jurulatih Barcelona, Hansi Flick menegaskan beliau akan mendorong Marcus Rashford untuk mencapai tahap lebih tinggi selepas penyerang pinjaman dari Manchester United itu meledak dua gol pertamanya bersama kelab berkenaan.
Rashford, 27, menjadi wira kemenangan 2-1 Barcelona ke atas Newcastle dalam saingan Liga Juara-Juara, Khamis lalu, sekali gus menutup mulut pengkritik selepas prestasinya merudum di Old Trafford musim lalu di bawah kendalian Ruben Amorim yang secara terbuka meragui komitmen dan keinginannya.
“Saya katakan sebelum dan selepas perlawanan, saya benar-benar percaya dengan kualitinya. Tetapi dia mesti bekerja keras setiap hari untuk jadi lebih baik. Dia perlu belajar apa yang perlu, apa yang pasukan mahukan daripadanya. Saya akan 100 peratus tolak dia ke depan, malah sentiasa menyokongnya,” kata Flick pada sidang media.
Barcelona bakal berdepan Getafe dalam aksi La Liga, Isnin ini, tanpa khidmat Lamine Yamal yang cedera, sekali gus membuka peluang buat Rashford beraksi dalam kesebelasan utama.
“Bagi Lamine, kami akan menunggu hari demi hari. Tetapi saya fikir tahun ini dia tidak akan memenangi Ballon d’Or,” jelas Flick.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas
- Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
- Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Namun Flick mengesahkan Barcelona akan menghadiri majlis anugerah berprestij itu di Paris, Isnin ini, selepas Real Madrid memilih untuk tidak hadir tahun lalu kerana mengetahui Vinicius Junior tidak akan diumumkan sebagai pemain terbaik dunia.
Yamal turut tersenarai dalam calon Ballon d’Or namun pilihan utama ialah bekas bintang Barca yang kini bersama Paris Saint Germain, Ousmane Dembele.
“Saya fikir suatu hari nanti kita akan lihat Lamine menang trofi ini. Tetapi bagi saya yang penting ialah hadir sebagai tanda hormat kerana kami turut dicalonkan. Setiap pemenang memang layak, jadi saya mahu menikmatinya dan memberi penghormatan kepada mereka,” kata Flick.
Flick yakin Rashford bangkit
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?
- Apa Lagi Yang Tengku Maimun Cuba Buktikan
- Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?
Mampukah Slogan Saya Anti Buli Menoktahkan Jenayah Buli Di Sekolah?
You must be logged in to post a comment.