Belanja wang pelanggan RM60,000 untuk kegunaan peribadi, buat laporan palsu disamun
Belanja wang pelanggan RM60,000 untuk kegunaan peribadi, buat laporan palsu disamun

BUKIT MERTAJAM: Tiga lelaki termasuk seorang jurujual, direman empat hari kerana disyaki terbabit kes laporan palsu samun sehingga menyebabkan kerugian RM60,000 di Jalan Kampung Gajah dekat sini, Rabu lalu.
Difahamkan, pengadu yang juga suspek utama berusia 42 tahun membuat laporan polis mendakwa wang tunai RM60,000 dibawanya telah dilarikan dua penyamun lelaki yang menunggang motosikal dalam kejadian itu.
Bagaimanapun, hasil siasatan lanjut susulan penangkapan dua lelaki berusia 33 dan 38 tahun di Sungai Petani, Kedah, semalam, membawa kepada pembongkaran helah pengadu didakwa mengupah mereka dengan bayaran RM3,000 untuk melakukan samun itu.
Berdasarkan soal siasat, kedua-dua tahanan berkenaan mengaku terbabit perancangan itu tetapi mendakwa masih belum menerima bayaran dijanjikan hingga kini.
Susulan itu, polis memberkas pengadu yang kemudian mengaku telah membelanjakan wang milik pelanggannya untuk kegunaan peribadi.
Ketiga-tiga suspek itu dibawa ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini, untuk proses permohonan reman.
Majistret Aini Adilah Muhammad Faizal membenarkan ketiga-ketiga suspek direman hingga 23 September ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun berkumpulan.
Belanja wang pelanggan RM60,000 untuk kegunaan peribadi, buat laporan palsu disamun
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas
- Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
- Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.