Beatrice tamat impian Faith

Beatrice tamat impian Faith

Beatrice tamat impian Faith
BEATRICE berjaya mempamerkan larian pantas di hujung perlumbaan. FOTO Reuters

Tokyo: Juara Olimpik, Beatrice Chebet menghadiahkan satu lagi larian luar biasa apabila melibas rakan senegara, Faith Kipyegon untuk memenangi acara 5,000 meter (m) wanita di Kejohanan Dunia, sekali gus merangkul emas berganda.

Beatrice, yang minggu lalu turut menjuarai acara 10,000m, mencatat masa 14 minit 54.36 saat (s) untuk muncul pemenang, menafikan impian Faith memburu gelaran berganda 1,500/5,000m dengan kelebihan hanya 0.71s.

Ia sekali lagi mengesahkan reputasinya sebagai ratu jarak jauh selepas turut merangkul emas 5,000m dan 10,000m di Sukan Olimpik Paris tahun lalu.

Duo Amerika Syarikat, Shelby Houlihan dan Josette Andrews menguasai perlumbaan awal dengan tempo sederhana sehingga ke pusingan terakhir di Stadium Nasional Jepun.

Selepas tiga pusingan, Shelby meningkatkan tempo sehingga Beatrice meloloskan diri ke kelompok hadapan di belakang pelari Itali yang juga pemenang perak Olimpik, Nadia Battocletti.

Dengan baki 600m, Faith cuba membuat kepantasan namun Beatrice tidak berganjak, malah terus mengekori rapat bersama pelari Ethiopia, Gudaf Tsegay.

Di selekoh terakhir, Faith berada di depan namun tiada siapa menjangka ledakan pecutan Beatrice di 50m terakhir yang memastikan emas menjadi miliknya.

Gudaf gagal mengekalkan rentak dan menamatkan saingan di tempat kelima manakala Nadia menghasilkan larian penamat mantap untuk meraih gangsa dengan catatan 14:55.42s, meninggalkan Shelby di belakang.

Beatrice tamat impian Faith


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Mampukah Slogan Saya Anti Buli Menoktahkan Jenayah Buli Di Sekolah?


 

 

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker