Bayi dua bulan maut disyaki ditindih ibu sendiri ketika tidur
Bayi dua bulan maut disyaki ditindih ibu sendiri ketika tidur
IPOH: Seorang bayi berusia dua bulan meninggal dunia akibat lemas selepas disyaki ditindih ibunya sendiri dalam kejadian di Jalan Sungai Jejawi, Kampung Sungai Dua Kota Setia dekat Parit, Khamis lalu.
Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Hafezul Helmi Hamzah, berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada 18 Sept lepas, kira-kira 8.45 pagi.
“Bayi berkenaan disahkan meninggal dunia di Hospital Seri Manjung sebelum mayatnya dibawa ke Unit Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk dibedah siasat.
“Hasil bedah siasat mendapati punca kematian adalah otak membengkak dan paru-paru sembap akibat ditindih,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, hasil siasatan mengikut Seksyen 33 Akta Kanak-Kanak 2001 mendapati bayi terbabit lemas semasa tidur bersama suspek, yang juga ibu kepada bayi itu kerana ditindih sehingga lemas atas katil yang sama.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?
- Apa Lagi Yang Tengku Maimun Cuba Buktikan
- Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?
Mampukah Slogan Saya Anti Buli Menoktahkan Jenayah Buli Di Sekolah?
“Suspek akan dituduh di Mahkamah Majistret Parit pada Isnin ini mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian dengan cuai,” katanya. – BERNAMA
Bayi dua bulan maut disyaki ditindih ibu sendiri ketika tidur
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas
- Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
- Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.