Angkara tunjuk ajar ‘Mazlinna’, pesara rugi RM76,740 jadi mangsa scam

Angkara tunjuk ajar ‘Mazlinna’, pesara rugi RM76,740 jadi mangsa scam

Angkara tunjuk ajar 'Mazlinna', pesara rugi RM76,740 jadi mangsa scam
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor. – Foto fail NSTP/Ghazali Kori

KUALA TERENGGANU: Seorang warga emas yang juga pesara swasta kerugian RM76,740 apabila terperangkap dalam skim pelaburan tidak wujud menerusi media sosial.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata mangsa yang menggunakan wang simpannya `melabur’ menerusi tunjuk ajar Mazlinna dalam skim berkenaan antara 24 Ogos lalu hingga kelmarin.

Katanya, mengikut aduan bekas pekerja minyak dan gas berusia 62 tahun itu, pada 24 Ogos lalu kira-kira jam 10 pagi ketika berada di kediamannya, mangsa melihat satu iklan pelaburan saham di laman Facebook sebelum menekan pautan tertera.

“Mangsa kemudian dimasukkan ke dalam satu kumpulan Whatsapp sebelum seorang individu memperkenalkan diri sebagai Mazlinna bertindak sebagai tenaga pengajar di dalam kumpulan berkenaan kononnya bagi menunjuk ajar cara pelaburan dijalankan.

“Mangsa kemudian dikehendaki membuat pembayaran untuk melakukan pelaburan ke beberapa akaun bank berbeza dengan jumlah keseluruhan RM76,740.

“Semua pindahan wang itu dilakukan bermula pada 24 Ogos hingga 18 September lalu, namun tiada sebarang keuntungan diperoleh mangsa.

“Malah mangsa diminta membuat tambahan modal dan dijanjikan dengan kadar keuntungan berlipat kali ganda. Pengadu mulai mencurigai dan mengesyaki ia adalah satu penipuan sebelum membuat laporan polis kira-kira 2.47 petang semalam,” katanya.

Azli berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Angkara tunjuk ajar ‘Mazlinna’, pesara rugi RM76,740 jadi mangsa scam

 

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker