Petugas Sabah Electricity hilang ditemukan lemas di Keningau

Petugas Sabah Electricity hilang ditemukan lemas di Keningau

Petugas Sabah Electricity hilang ditemukan lemas di Keningau
Foto: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sabah

KOTA KINABALU: Seorang petugas Sabah Electricity Sdn Bhd yang hilang dibawa arus banjir di Sungai Nuntunan, Apin-Apin, Keningau pada Selasa lepas ditemukan lemas pada petang ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sabah, Mohd Pisar Aziz, berkata mayat lelaki berusia 35 tahun itu ditemukan Team Galen Star di kawasan Sungai Kampung Liau Laut, Keningau pada 6.18 petang ini.

“Pasukan bomba membantu mengangkat mangsa dan akan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan di sini malam ini.

Terdahulu, beliau berkata fokus operasi mencari dan menyelamat pada hari ini di sekitar Kampung Linsudan kerana terdapat penemuan kasut mangsa berada di sekitar sungai kampung berkenaan.

“Jarak dari lokasi mangsa dilaporkan hilang ialah 21 kilometer ke Kampung Linsudan,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Mampukah Slogan Saya Anti Buli Menoktahkan Jenayah Buli Di Sekolah?


Team Galen Star adalah sebuah pasukan yang membantu JBPM Negeri Sabah dalam operasi mencari dan menyelamat apabila ada kejadian hilang di air.

Dalam kejadian itu, tiga petugas syarikat berkenaan dibawa arus banjir ketika ke Kampung Nuntunan Apin-Apin, Keningau untuk menjalankan operasi pemulihan bekalan elektrik. Dua daripada mereka berjaya menyelamatkan diri, manakala seorang lagi dihanyutkan arus.

Sementara itu, Sabah Electricity dalam kenyataan berasingan memaklumkan pihaknya mengesahkan petugas itu adalah Masedeh Rosmin, 35, yang berkhidmat di Keningau dan hilang selepas dihanyutkan arus banjir ketika bertugas di lapangan.

Syarikat itu menyatakan rasa amat dukacita dengan kehilangan itu dan merakamkan ucapan takziah serta simpati yang mendalam kepada ahli keluarga Allahyarham.

“Sabah Electricity akan memastikan segala sokongan yang sewajarnya, termasuk bantuan kebajikan dan sokongan emosi, diberikan kepada keluarga beliau.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Menuduh 160 Ketua UMNO Bahagian Biadab Adalah Sangat Tidak Beretika


“Kehilangan Allahyarham amat dirasai seluruh warga Sabah Electricity. Beliau dikenang sebagai seorang kakitangan yang berdedikasi tinggi dalam melaksanakan tugas. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman,” katanya.

Syarikat itu turut menzahirkan penghargaan kepada pihak berkuasa dan pasukan penyelamat dalam operasi itu, khususnya Team Gelen Star, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia serta rakan sekerja yang melaksanakan operasi pencarian. — BERNAMA

Petugas Sabah Electricity hilang ditemukan lemas di Keningau

 

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker