Pelajar pukul naib pengetua depan ibu bapa

Pelajar pukul naib pengetua depan ibu bapa

Pelajar pukul naib pengetua depan ibu bapa
Gambar hiasan. – Lambe Turah

JAKARTA – Seorang pelajar di Sinjai, wilayah Sulawesi Selatan mengundang perhatian ramai kerana memukul naib pengetua sekolah selepas dia ditangkap ponteng kelas, lapor portal berita Lambe Turah.

Pelajar dikenali sebagai MF itu merupakan anak kepada seorang pegawai polis.

Kejadian berlaku sekitar pukul 9 pagi (waktu tempatan) di bilik kaunseling SMA Negeri 1 Sinjai kelmarin.

Pengetua sekolah, Muh Suardi berkata, MF dikenakan tindakan tatatertib oleh naib pengetua kerana sering ponteng sekolah.

“Beg sekolah MF sentiasa berada di dalam kelas, namun pemiliknya tiada. Dia hanya akan mengambil beg pada waktu pulang. Kami tidak tahu ke mana MF pergi dan kejadian itu sudah berlaku beberapa kali,” kata Muh.

Tambah beliau, MF memukul mangsa dari arah belakang di dalam bilik kaunseling yang dihadiri oleh ibu bapanya.

“Ketika mangsa masuk ke dalam bilik, MF segera memukulnya dari belakang,” tambah Muh.

Masih belum jelas bagaimana kejadian itu diselesaikan. – AGENSI

Pelajar pukul naib pengetua depan ibu bapa

 

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker