Harimau Malaya kini ke-123 dunia

Harimau Malaya kini ke-123 dunia

Harimau Malaya kini ke-123 dunia
SKUAD negara lonjak dua anak tangga.

Kuala Lumpur: Harimau Malaya terus mengorak langkah apabila ranking Malaysia naik dua anak tangga untuk berada di kedudukan ke-123 dunia.

Peningkatan itu dibantu susulan skuad kendalian Peter Cklamovski mencatat dua kemenangan dalam aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 selepas menang ke atas Singapura, 2-1 dan 1-0 ketika menentang Palestin.

Menerusi laman rasmi FIFA (www.fifa.com), Malaysia kini mengumpul 1148.23 mata dan itu membolehkan Harimau Malaya beranjak dari kedudukan sebelum ini, 125 dunia pada Julai lalu.

“Kemas kini terbaharu ranking FIFA hari ini, Malaysia di tangga 123 dunia, berjaya melonjak naik dua anak tangga berbanding 125 pada kemas kini terdahulu, 10 Julai 2025,” kata kenyataan FAM itu.

Peningkatan itu sudah pasti akan memberi motivasi buat anak buah Cklamovski memburu kemenangan seterusnya dalam saingan Kelayakan Piala Asia 2027 menentang Laos, bulan depan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Mampukah Slogan Saya Anti Buli Menoktahkan Jenayah Buli Di Sekolah?


Menerusi laporan akhbar ini, kali terakhir skuad Harimau Malaya berada di kedudukan terbaik adalah pada 2006 di kedudukan 124-126.

Untuk rekod, kedudukan tertinggi pernah dihuni skuad Harimau Malaya adalah pada 1993 ketika pertama kali FIFA memperkenalkan sistem ranking di mana Malaysia menghuni tangga ke-75 dunia di bawah bimbingan Ken Worden pada waktu itu.

Selain itu, Sepanyol merampas kedudukan nombor satu dunia dan Perancis pula berada di kedudukan kedua dunia sementara Argentina yang berada di tangga teratas turun dua anak tangga untuk berada di kedudukan ketiga dunia.

Harimau Malaya kini ke-123 dunia

 

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker