Sepanyol ugut boikot Piala Dunia 2026 jika Israel layak

Sepanyol ugut boikot Piala Dunia 2026 jika Israel layak

Sepanyol ugut boikot Piala Dunia 2026 jika Israel layak
YAMAL antara pemain yang menyokong pendirian kerajaan Sepanyol. FOTO Reuters

Madrid: Politik domestik Sepanyol kini menular ke pentas bola sepak dunia selepas jurucakap kumpulan Sosialis di Kongres, Patxi Lopez, mencetuskan kontroversi apabila mencadangkan negaranya boleh mempertimbangkan untuk tidak menyertai Piala Dunia 2026 sekiranya Israel layak.

Kenyataan itu dibuat ketika sidang media di Parlimen, dengan Lopez menegaskan ia hanya satu ‘penilaian’ yang akan dibuat ‘pada masa sesuai’ jika Israel beraksi pada kejohanan berprestij itu.

Cadangan Lopez dilihat selari dengan pendirian Perdana Menteri, Pedro Sanchez, yang sebelum ini lantang mendesak Israel digantung daripada semua acara sukan antarabangsa susulan protes besar-besaran yang mencemari pentas penutup perlumbaan berbasikal Vuelta Espana di Madrid, bulan lalu.

Sikap keras Sepanyol terhadap penyertaan Israel juga jelas apabila stesen penyiaran negara itu sudah pun memutuskan untuk memboikot Eurovision 2026 sekiranya Israel mengambil bahagian.

Namun, tindakan sebegini boleh mengundang padah.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Mampukah Slogan Saya Anti Buli Menoktahkan Jenayah Buli Di Sekolah?


Mengikut statut Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), mana-mana persatuan bola sepak kebangsaan mesti bebas daripada campur tangan kerajaan.

Pelanggaran boleh mengakibatkan penggantungan serta-merta, sebagaimana pernah berlaku kepada Pakistan dan Republik Congo kerana campur tangan politik.

Pakar undang-undang menegaskan prinsip non interference adalah asas kepada keahlian FIFA, yang termaktub dalam Artikel 14 hingga 16 serta Artikel 19.

Jika Persekutuan Bola Sepak Sepanyol (RFEF) dilihat tunduk kepada arahan kerajaan, ia boleh dianggap sebagai pelanggaran serius.

Sekiranya disabitkan, Sepanyol berisiko disingkirkan daripada semua pertandingan antarabangsa termasuk Piala Dunia 2026 sehingga isu selesai.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Menuduh 160 Ketua UMNO Bahagian Biadab Adalah Sangat Tidak Beretika



Laporan media tempatan turut mendakwa beberapa pemain bintang La Roja seperti Lamine Yamal, Raphinha dan Martín Zubimendi menyatakan sokongan terhadap pendirian kerajaan, sekali gus menambah tekanan ke atas RFEF.

Sepanyol ugut boikot Piala Dunia 2026 jika Israel layak

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri


Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker