Lelaki bergaduh ditegur merokok ditahan selepas pulang ‘ride’ dari Thailand
Lelaki bergaduh ditegur merokok ditahan selepas pulang ‘ride’ dari Thailand

SHAH ALAM: Lelaki yang bertindak agresif dan mencetuskan pergaduhan selepas ditegur kerana merokok dalam sebuah restoran di Seksyen 13, di sini, Khamis lalu ditahan polis semalam.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim, berkata suspek berusia 49 tahun itu ditahan di Persiaran Kayangan Seksyen 9 selepas pulang menunggang motosikal dari Thailand.
“Suspek yang juga mekanik bengkel motosikal ditahan dan akan dibawa ke Mahkamah Majistret pagi ini untuk proses reman,” katanya ringkas hari ini.
Beliau berkata, ujian air kencing mendapati suspek negatif dadah dan tidak mempunyai rekod jenayah lalu.
Media sebelum ini melaporkan, seorang lelaki bergaduh dengan pasangan suami isteri selepas berang ditegur merokok di sebuah restoran di Seksyen 13, di sini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?
- Apa Lagi Yang Tengku Maimun Cuba Buktikan
- Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?
Mampukah Slogan Saya Anti Buli Menoktahkan Jenayah Buli Di Sekolah?
Dalam kejadian kira-kira jam 11.50 malam pada 11 September lalu itu membabitkan seorang wanita hamil dan suaminya yang tidak selesa dengan tindakan suspek merokok di meja berdekatan.
Mangsa hamil lapan bulan dan bimbang dengan kesihatannya kemudian meminta pekerja restoran menegur perbuatan lelaki itu, namun tidak diendahkan.
Selepas tiga kali ditegur suami mangsa, suspek bangun dan menghampiri pasangan berkenaan serta didakwa menghembus asap rokok ke arah mangsa sebelum berlakunya pertengkaran.
Insiden itu bertukar menjadi aksi tolak-menolak sebelum suspek beredar meninggalkan restoran yang dipenuhi pelanggan.
Lelaki bergaduh ditegur merokok ditahan selepas pulang ‘ride’ dari Thailand
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas
- Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
- Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.