Ketakutan penduduk berakhir, suara merintih di hutan rupanya anak orang utan
Ketakutan penduduk berakhir, suara merintih di hutan rupanya anak orang utan

JAKARTA – Tangisan misteri dalam hutan yang membuatkan penduduk Kotawaringin Timur, wilayah Kalimantan Selatan ketakutan akhirnya terbongkar apabila bunyi itu sebenarnya berasal daripada seekor anak orang utan, lapor portal berita Radar Sampit.
Penemuan itu dibuat oleh dua penduduk tempatan sekitar pukul 11 pagi (waktu tempatan) berhampiran Desa Ramban, Khamis lalu.
Ketua Pusat Pemuliharaan Sumber Asli (BKSDA) Sampit Resort, Muriansyah berkata, Muhammad dan rakannya sedang membina pondok di dalam hutan sebelum terdengar bunyi tangisan misteri.
“Mereka menyangka tangisan itu berasal daripada kanak-kanak. Selepas menyiasat, sumber bunyi itu berasal daripada seekor anak orang utan di dalam lubang kecil.
“Kerana kasihan, haiwan itu dibawa ke rumah,” kata Muriansyah.
Anak orang utan itu dipercayai berusia empat tahun, manakala badannya terlalu kurus.
Ia kemudian diserahkan kepada BKSDA Sampit Resort pada Ahad lalu. – AGENSI
Ketakutan penduduk berakhir, suara merintih di hutan rupanya anak orang utan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas
- Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
- Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.