Ibu, anak ditemui mati dalam kereta di Paya Rumput

Ibu, anak ditemui mati dalam kereta di Paya Rumput

Ibu, anak ditemui mati dalam kereta di Paya Rumput
Proton Exora dinaiki kedua-dua mangsa di lokasi kejadian di Paya Rumput. – Foto ihsan PDRM

AYER KEROH: Dua beranak ditemui maut dalam sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Proton Exora yang diparkir di tepi jalan di Jalan Solok Hilir, Paya Rumput, di sini, awal pagi tadi.

Mangsa dikenali sebagai Zabanah Abu Hussin, 57, dan anak perempuannya, Intan Nur Shafiqah Othman, 25, masing-masing beralamat di Taman Kelemak Jaya, Alor Gajah.

Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar, berkata kedua-dua mangsa dipercayai berhenti untuk berehat di dalam kenderaan dengan enjin serta pendingin hawa masih beroperasi ketika ditemui.

Katanya, ketika pemeriksaan, kedua-dua mangsa berada di tempat duduk hadapan dalam keadaan berbaring.

“Tiada kesan kecederaan atau unsur jenayah ditemui, namun polis percaya punca kematian disebabkan daripada kebocoran gas dalam kenderaan yang menyebabkan kedua-duanya mati lemas.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Mampukah Slogan Saya Anti Buli Menoktahkan Jenayah Buli Di Sekolah?


“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan siasatan lanjut akan dijalankan sejurus bedah siasat selesai dilaksanakan,” katanya selepas merasmikan Program Latih Amal Keselamatan Menyeluruh (Ex Kesidang) anjuran Majlis Keselamatan Negara (MKN) Melaka di Dewan Bistari, di sini hari ini.

Berdasarkan laporan, pihak polis menerima panggilan kecemasan daripada orang awam jam 12.24 tengah malam tadi memaklumkan terdapat dua wanita tidak sedarkan diri dalam kenderaan di lokasi terbabit.

Pasukan polis bersama Unit Forensik Ibu Pejabat Polis (IPK) Melaka dan pegawai perubatan Hospital Melaka kemudian mengesahkan kedua-dua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.

Kedua-dua jenazah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Melaka untuk bedah siasat.

Dzulkhairi berkata, polis akan terus menjalankan siasatan daripada semua aspek, termasuk menemubual ahli keluarga bagi melengkapkan siasatan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Menuduh 160 Ketua UMNO Bahagian Biadab Adalah Sangat Tidak Beretika


“Buat masa ini, tiada sebarang unsur jenayah atau cubaan bunuh diri dikesan. Punca sebenar kematian hanya dapat disahkan selepas keputusan penuh bedah siasat diperoleh,” katanya.

Ibu, anak ditemui mati dalam kereta di Paya Rumput

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri


Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker