Guru wanita rugi RM340,500 terpedaya ‘phone scam’

Guru wanita rugi RM340,500 terpedaya ‘phone scam’

Guru wanita rugi RM340,500 terpedaya 'phone scam'
Gambar hiasan

KUANTAN: Seorang guru wanita berusia 42 tahun kerugian RM340,500 selepas diperdaya suspek menyamar wakil insurans, pegawai polis dan pendakwa raya pada April lalu.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman, berkata berdasarkan laporan polis diterima semalam, mangsa dikatakan menerima panggilan telefon daripada suspek pada 27 April lalu.

Katanya, suspek mendakwa mangsa terbabit dalam kes pengubahan wang haram sebelum diarahkan menyediakan wang ikat jamin.

“Mangsa kemudian diarahkan suspek untuk membuka akaun bank baharu dan menukar nombor telefon yang didaftarkan. Akibat terpedaya, mangsa membuat pinjaman peribadi berjumlah lebih RM280,000 dan turut menggadaikan barang kemas.

“Bagi tempoh 15 Julai hingga 15 September lalu, mangsa melakukan 13 transaksi pemindahan wang kepada lapan akaun berbeza membabitkan RM117,000.

“Semakan penyata bank semalam mendapati, 24 transaksi tidak sah berjumlah RM223,500 dalam akaun simpanan mangsa yang dipercayai dilakukan sindiket selepas memperoleh akses.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Susulan kes itu, Yahaya menasihati orang ramai yang menerima panggilan meragukan untuk membuat semakan segera dengan pihak polis atau agensi kerajaan yang berkenaan untuk mengelak daripada menjadi mangsa penipuan.

Katanya, masyarakat juga diingatkan membuat semakan nombor akaun diterima di pautan https://semakmule.rmp.gov.my/ terlebih dulu sebelum membuat sebarang transaksi.

“Orang awam yang mengesyaki menjadi mangsa penipuan dinasihatkan menghubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 997,” katanya.

Guru wanita rugi RM340,500 terpedaya ‘phone scam’

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri


Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker