Forest tumbang di hujung permainan
Forest tumbang di hujung permainan

London: Impian Nottingham Forest dalam saingan Piala Liga berakhir secara dramatik apabila dibolosi dua kali pada masa kecederaan sebelum tumbang 2-3 kepada kelab divisyen dua, Swansea, awal pagi tadi.
Skuad kendalian Ange Postecoglou yang baharu mengendalikan perlawanan keduanya tampak selesa selepas Igor Jesus meledak dua gol pada separuh masa pertama untuk mendahului 2-0.
Namun, Forest gagal memanfaatkan deretan peluang bagi menamatkan saingan lebih awal sebelum Cameron Burgess merapatkan jurang buat Swansea pada babak kedua.
Detik malang hadir di hujung permainan apabila Zan Vipotnik menyamakan kedudukan pada masa kecederaan, sebelum Burgess muncul wira dengan gol kedua peribadi untuk memastikan pasukan yang pernah bergelar juara edisi 2013 itu mara ke pusingan 16 terbaik.
“Saya fikir pemain jadi terlalu selesa ketika itu dan gagal membaca amaran,” kata bekas pengendali Tottenham itu.
“Kami sepatutnya ‘habiskan’ mereka lebih awal kerana peluang banyak, malah beberapa keputusan juga tidak menyebelahi kami. Tapi apabila pemain fikir ia akan tamat mudah, kami akhirnya dihukum dengan harga yang mahal. Kami kena perbaiki perkara ini.”
Forest tumbang di hujung permainan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas
- Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
- Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri
You must be logged in to post a comment.