Bomba nasihat orang ramai elak hampiri sungai selepas buaya dikesan

Bomba nasihat orang ramai elak hampiri sungai selepas buaya dikesan

Bomba nasihat orang ramai elak hampiri sungai selepas buaya dikesan
Gambar hiasan.

MELAKA: Orang awam dinasihatkan supaya tidak menghampiri kawasan sungai di Kampung Paya Luboh, Tangga Batu di sini selepas seekor buaya sepanjang kira-kira 2.7 meter dikesan tengah hari tadi.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tangga Batu Pegawai Bomba Kanan II (PBKII) Zuraidi Omar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 11.47 pagi daripada seorang penduduk yang melihat kehadiran reptilia itu di tebing sungai berkenaan.

“Sebanyak lapan anggota bersama dua jentera yang digerakkan tiba ke lokasi kejadian kira-kira 11.50 pagi dan pasukan kami mendapati buaya berkenaan berada di tebing sungai berhampiran jalan kampung.

“Buat masa ini tiada ancaman terus kepada penduduk, namun kami menasihatkan orang ramai supaya tidak menghampiri kawasan itu demi keselamatan,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Zuraidi berkata keadaan tebing sungai yang tinggi menyukarkan akses untuk menangkap haiwan itu dan pemantauan hanya dijalankan sehingga situasi disahkan terkawal.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Mampukah Slogan Saya Anti Buli Menoktahkan Jenayah Buli Di Sekolah?


Beliau berkata pihaknya telah merujuk kes itu kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Melaka untuk tindakan lanjut kerana ia melibatkan hidupan liar.

Menurut Zuraidi, operasi berkenaan tamat pada 12.40 tengah hari dengan pasukan kembali ke balai selepas memastikan kawasan berada dalam keadaan selamat.

Bomba nasihat orang ramai elak hampiri sungai selepas buaya dikesan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri


Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker