Bodo/Glimt buat kejutan, ikat Slavia Prague

Bodo/Glimt buat kejutan, ikat Slavia Prague

Bodo/Glimt buat kejutan, ikat Slavia Prague
Helmersen meraikan jaringan Bodo. FOTO Reuters

Prague: Bodo/Glimt mencipta kebangkitan sensasi pada penampilan sulung Liga Juara-Juara apabila seri 2-2 menentang Slavia Prague hasil jaringan dramatik Sondre Brunstad Fet pada minit ke-90, awal pagi tadi.

Kelab dari lingkaran Artik itu mengekalkan reputasi mereka dengan corak permainan berani, menyerang tanpa gentar walaupun kerap goyah di benteng pertahanan.

Aksi penuh debaran itu seakan boleh berakhir 5-5 andai semua peluang disudahkan.

Slavia terlebih dahulu mendahului menerusi Youssoupha Mbodji yang menyambar hantaran Lukas Provod pada minit ke-23.

Pemain gantian Daniel Bassi menghidupkan semula harapan pelawat dengan gol pantas empat minit selepas jaringan kedua Slavia.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Mampukah Slogan Saya Anti Buli Menoktahkan Jenayah Buli Di Sekolah?


Walaupun terus diasak, penjaga gol Bodo, Nikita Haikin tampil cemerlang menafikan beberapa peluang keemasan tuan rumah sebelum Brunstad Fet meledak penyudah kencang yang terkena palang sebelum masuk ke gawang pada minit ke-90.

Haikin sekali lagi menjadi wira apabila menyelamatkan percubaan pada masa kecederaan, memastikan wakil Norway itu membawa pulang satu mata berharga.

Bodo/Glimt yang mengejutkan peringkat Eropah musim lalu apabila mara ke separuh akhir Liga Europa sebelum disingkirkan Tottenham Hotspur, sekali lagi menunjukkan mereka bukan pasukan pelengkap jadual di pentas elit.

Bodo/Glimt buat kejutan, ikat Slavia Prague

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri


 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker