3 pegawai polis mati ditembak di Pennsylvania
3 pegawai polis mati ditembak di Pennsylvania

HARRISBURG, PENNSYLVANIA – Sekurang-kurangnya tiga pegawai polis terbunuh, manakala dua lagi cedera parah selepas ditembak seorang lelaki bersenjata ketika melakukan tangkapan di negeri Pennsylvania, Amerika Syarikat, lapor agensi berita United Press International.
Kejadian berlaku sekitar pukul 2 petang (waktu tempatan) di Spring Grove, daerah York semalam.
Mangsa melibatkan empat pegawai polis dari Jabatan Polis Wilayah York Utara, manakala seorang lagi dikenal pasti sebagai Timbalan Syerif Daerah York.
“Penembak turut ditembak mati. Kedua-dua pegawai yang cedera dibawa ke Hospital Wellspan York untuk rawatan lanjut,” kata Pesuruhjaya Polis Negeri Pennsylvania, Kolonel Christopher Paris.
Seorang saksi memberitahu bahawa tembakan berlaku selepas dia membenarkan polis memotongnya keretanya.
“Mereka seperti sedang memburu seseorang. Tidak lama kemudian, saya terdengar bunyi tembakan dan melihat seorang pegawai terbaring di tanah.
“Kira-kira 30 das tembakan dilepaskan secara berturut-turut,” katanya.
Pihak berkuasa mengeluarkan perintah perlindungan, manakala sekolah diarah untuk ‘mengurung’ pelajar serta kakitangan di dalam bangunan sementara beberapa jalan ditutup. – AGENSI
3 pegawai polis mati ditembak di Pennsylvania
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas
- Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
- Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.