Siti Nurhaliza Kongsi Telatah Afwa [VIDEO]
Buatkan Netizen Teruja-“Banyak Akal Sekarang..”
Siti Nurhaliza Kongsi Telatah Afwa [VIDEO]
Baru-baru ini, tular satu video yang memaparkan Siti Nurhaliza memberitahu apakah update terkini anak lelakinya iaitu Afwa. Siti mengatakan bahawa kini Afwa tidak boleh berenggang dengan motorsikal polis yang dibelikan Datuk Khalid buatnya itu. Tambah Siti lagi, Afwa juga pandai membuat batuk sekiranya beliau tidak mahu ke sekolah dan telatahnya itu sangat mencuit hati Siti.
@aydakamaruddin Kita pulak peminat Afwa since 2021 ❤️
Rata-rata netizen terhibur melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa kini Afwa telah mempunyai fans club nya yang tersendiri dan tidak sabar untuk melihat aktiviti harian yang dilakukannya itu.
“afwa ni bijak tau, kalau dia boring dia cakap je dia boring hahaha takdenya nak menangis”
“uhuk uhuk uhuk pun sedap di dengar”
“patutlah dia tak keruan kalau ikut mak dia g event, lagi lagi dekat konsert tokti, mesti dia nak balik cepat”
Info tambahan, Dato’ Sri Siti Nurhaliza binti Tarudin, penyanyi, pelakon, dan usahawan terkenal Malaysia, dilahirkan pada 11 Januari 1979 di Kampung Awah, Temerloh, Pahang. Dijuluki “Ratu Pop Malaysia,” beliau memulakan kerjaya muziknya pada usia 16 tahun selepas memenangi pertandingan Bintang HMI 1995.
Dengan suara merdu dan karisma memukau, Siti Nurhaliza telah menghasilkan lebih 20 album studio, merangkul pelbagai anugerah termasuk Anugerah Industri Muzik (AIM) dan MTV Asia Awards. Selain muzik, beliau terlibat dalam lakonan, termasuk filem *Biarkan Bintang Menari*, serta memiliki syarikat kosmetik, SimplySiti.
Siti juga dikenali kerana kerja amalnya melalui yayasan bersama suaminya. Bergelar Dato’ Sri oleh Kerajaan Pahang, beliau adalah ikon budaya Malaysia yang terus memikat hati peminat dengan bakat dan dedikasinya dalam seni.
Siti Nurhaliza Kongsi Telatah Afwa [VIDEO]
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas
- Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
- Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.