Pemandu jentera pengorek tertimbus runtuhan kuari ditemui mati

Pemandu jentera pengorek tertimbus runtuhan kuari ditemui mati

Pemandu jentera pengorek tertimbus runtuhan kuari ditemui mati
Pemandu jentera pengorek tertimbus runtuhan kuari ditemui mati

RAUB: Pemandu jentera pengorek, Mohammad Fazrul Illahi Ab Rahman, 30, dilaporkan tertimbus runtuhan kuari di Ulu Gali, di sini, Sabtu lalu, ditemukan mati hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Mohd Salahuddin Isa berkata, jasad ditemukan jam 4.15 petang, berhampiran lokasi mangsa dilaporkan hilang.

“Jasad mangsa ditemukan dalam keadaan sempurna selepas kerja menggali dan mengalih timbunan batu sedalam lima meter.

“Lokasi penemuan mangsa itu ialah kira-kira 12 meter dari jentera pengorek dikendalikannya ketika kejadian,” katanya ketika dihubungi.

Dalam kejadian runtuhan kuari baru itu, kira-kira jam 12.50 tengah hari, Sabtu lalu, mangsa dilaporkan tertimbus dan tiga warga asing pekerja kuari terbabit turut tercedera.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Mampukah Slogan Saya Anti Buli Menoktahkan Jenayah Buli Di Sekolah?


Ketika tragedi berlaku, Mohammad Fazrul Illahi dikatakan sempat melompat keluar dari jentera yang dikendalikannya dan lari untuk menyelamatkan diri tetapi tertimbus oleh runtuhan batu.

Operasi mencari dan menyelamat mangsa, disertai hampir 70 anggota bomba, polis, Angkatan Pertahanan Awam (APM) serta Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, dilancarkan sejak Sabtu lalu.

Jasad mangsa dihantar ke Hospital Raub untuk proses bedah siasat.

Pemandu jentera pengorek tertimbus runtuhan kuari ditemui mati

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker